Sunday, July 31, 2011

Terkilan. Ayah,cepat sembuh ya!

Salam Ramadhan kepada semua yg beragama Islam di Malaysia dan seluruh umat Islam dunia. Alhamdulillah hari ihi telah bermulanya lembaran Ramadhan utk tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini menjadi yg lebih baik dari yg sebelumnya IA.


Tapi hati ini sgt risau, sedih dan mcm3 perasaan bercampur baur. Setiap hari melihat keadaan ayah yg semakin lain, makin kurus , tak bermaya dan selalu pening2, sgt2 merisaukan kami sekeluarga. Yg menjadi kesalan di sini bila pihak Hospital dan klinik2 tidak mengendahkan lgsung keadaan ayah. Pergi klinik pakar, doctor suruh pergi hospital besar, ubat lgsung tak bagi. Dah pergi hospital, buang masa 3-4 jam di sana akhirnya tiada jawapan juga. Suruh datang semula , pergi lagi ayah sambil ditemani mak, tiada jawapan juga. Sekarang pulak diberitahu suruh dtg bila sakit ?!. Apekah????? Bila nak teruk baru nak terhegeh2 buat itu ini ka??? Tolong la , aku tahu la keadaan ayah mcm mana, depan mata aku kot hari2. Semakin hari semakin susut, mata makin dalam, pening sampai nak bgun pon tak boleh, tp doktor still tak dapat kesan???? SEDIH! Dah dua kali jugak ayah pergi ke klinik dan digegaskan ke Hospital tp smpai sekarang doktor dan pihak Hospital tak beri sebarang jawapan. Yg dia tahu, "Nanti Encik datang balik kita buat pemeriksaan bila berasa sakit lag". Ok, kau tau byk lg pesakit lain yg perlu di jaga tp tolonglah, buat urusan tu cepat sikit. Kmai ni bukannya org senang , hari2 nak pergi mengadap Hospital, nak kena mintak tolong sedara mara hantarkan sbb ayah mmg tak boleh nak drive bila sakit. Ya Allah, aku sgt kesal.

Melihat ayah seperti itu, hatiku jd sedih, kesian ayah. Ya Allah,jgn Kau beri dugaan melebihi kemampuan kami, Aminn. Hari pertama puasa hari ini, ayah tidak mampu sahur sebab pening. Tadi mulanya ayah dah dekat meja makan, tiba2 ayah masuk semula bilik sebab tak dapat menahan sakit. Aku yg melihatnya berasa sgt sayu.


"Ya Allah,kau lindungilah ayah ku,berikanlah kesihatan sepanjang bulan mulia ini. Muka ayah sgt pucat ,lesu dan sgt2 lain. Jika ayahku dalam kesakitan, Kau kurangkan nya Ya Allah, jgn Kau biarkan ayahku menderita ya Allah, aku mohon padaMu. Kau berilah kesempatan Ramadhan ini menjadi detik terindah kepada keluarga aku. Jgan kau duga kami yg tak mampu, jauhkanlah ayahku dr perkara2 yg tidak diingini. Kau berilah kesabaran kepada ibuku. Kau berilakanlah kesabaran kepada kami. Hati kecilku sgt tidak sggup melihat ayah menderita, kau sembuhkanlah ayahku, hanya padaMu aku mohon, Aminn Ya Rabb.."


doa seorang anak, dan hambaMu, Nadzirah ..

Saturday, July 30, 2011

Kisah hati

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

: Kisah hati

1st time dengar lagu ni dekat tv masa iklan Nur kasih the Movie, terus jatuh cinta. Sedap dan sgt bermakna lirik dalam lagu ni, sgt2 berkesan! Then, lagu ni kuar plak dalam drama hari ahad jam 10pm (sorry tak igt tajuk ). Jalan cerita tu menarik, tidak meletakkan cinta semata2 kepada cinta manusia, tetapi menonjolkan bagaimana cinta Allah itu terlalu indah. (tapi tak boleh puji sgt sbb cerita masih ditayangkan,tak tau lg ending okay ke tak).


Yang membuatkan lagu ni istimewa buatku adalah sedikit sebanyak berkaitan dgn hidup dan cintaku (poyo je). Kisah cintaku yg hanya tinggal sebuah angan2. Kisah cintaku yg bagaikan pepasir, dipegang jatuh berderai. Kisah cintaku yg bagaikan menunggu salji turun di bumi Malaysia. Kisah cintaku yg tidak mungkin menjadi kenyataan di dunia fana. Kisah cintaku yg tiada nokhtah,penuh persoalan tanda tanya...

Namun, Cintaku ini yg penuh dengan harapan. Cintaku yg bakal kukuh seperti kukuhnya bangunan pasir dan simen. Cintaku seperti salji di bumi Malaysia yg turun jika dengan kebenaran Tuhan Maha Pencipta. Cintaku yg mungkin akan dipertemukan di Syurga Firdausi sana. Cintaku yang akan menjadi jawapan kepada setiap persoalan dan tanda tanya, dari Nya Allahu Rabbi...


Thursday, July 7, 2011

Subhanalllah! Thank You Allah :') Selamat datang saudara Baru!

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hari ini adalah hari yg amat bahagia dalam hidupku seorg sahabat. Alhamdulillah Ya Allah , hidayah itu milikMu, tidak dapat diwarisi walau dari seorang ayah dan ibu. Dua sahabat ku Rose dan Dovile (yg dikenali dari dalam laman sosial twitter dan facebook) telah memilih Islam sebagai jalan hidup mereka. Alhamdulillah.. Akulah manusia yg paling bahagia saat ini!

Aku mengenali mereka sejak setahun yg lalu melalui twitter. pada mulanya perkenalan ini atas dasar sokongan kami kepada penyanyi berbakat Justin Bieber sahaja. Lama kelamaan mereka menunjukkan rasa ingin mengenali Islam bila satu persatu persoalan ditujukan pada saya. langsung tidak terlintas dalam fikiran yg mereka akhirnya memeluk Islam. Masih igt soalan pertama Dovile,

"Are you Muslim?"

yg aku kira mungkin dia tidak senang bila mengetahui aku seorang Muslim. Selepas tahu aku Muslim satu persatu soalan ditujukan..antaranya ..

"Why you r wearing that?,the thing on your head.."

Soalan Dovile bila tgk gambar profile ku yg memakai hijab(tudung) . Bagiku Dovile (Lithuanian) seorang yg sgt bijak dan penuh dengan perasaan ingin tahu itu ini. Dia seperti ingin menguji Iman ku.. Alhamdulillah aku sabar saja menjawab semua persoalannya. Berlainan dgn Rose, Rose seorang yg lembut dan penyayang. Rose mmg telah lama berminat dgn Islam. Sehinggakan dia pernah mencuba memakai hijab sebagai suka2 sbb katanya kelihatan cantik. Aku hanya menganggap mereka sekadar hanya ingin tahu ,tak lebih dari itu. Aku mmg sering post,tweet juga blog tentang ilmu2 yg hanya sedikit yg aku pelajari dulu. Alhamdulillah, tak ku sangka mereka tertarik dgn semua itu. Ya Allah, aku bersyukur kerana sedikit sebanyak aku telah berhasil menyebarkan ilmu MU.

Kepada Dovile dan Rose, selamat datang saudara baruku, selamat menempuh dunia Allah luas terbentang ini. Aku berharap suatu hari nanti kita dapat bertemu di dunia malah bertemu di Syurga Firdausi Allah. Ya Allah, terasa begitu kerdil aku dihadapanMU. Kau telah berkuasa mengubah hati dan kepercayaan mereka, terasa terlalu hina aku yg lahirnya dalam Islam. Terasa malu terhadap saudara2 baruku juga, mereka yg dilahirkan dalam dunia kegelapan akhirnya memilih jalanMU jua, malunya aku yg masih belum cukup sempurna Islamnya. Kau pimpinlah aku serta sahabat2ku ke jalan yg Kau redhai. Terlalu besar kekuasaanMU ya Allah.

Aminn ya Rabb..