Thursday, April 15, 2010

demam exam


Bismillah..
Assalamualaikum ...
Demam exam dah pun bermula di kebanyakan IPT di Malaysia. Pelajar2 sprt sY sibuk menelaah ilmu yg telah diajar sepanjng semester ini..dr Subuh smpai ke lewat malam, sgla buku diterokai untuk mmperoleh ilmu yg bakal kuar dlm exm paper..Study2 jgk, Allah jgn dilupakan. Tak terfikir ada jgk yg mngadap buku smpai lupa kan Allah,terlepas waktu2 'dating' dgn Allah..5 waktu sehari je pun..hurmm..Blajar untuk ilmu itu ibadah, tp blaja utk lulus cmrlang semata2 tnpa mndapat keredhaan Allah adalah sgt rugi dan tidak berkat ilmunya..Waktu2 begini sepatutnya kita (kpd sY jg) harus lebih mndekatkan diri dgn Pencipta. Tapi jgn la ketika susah baru nak igt Allah,sepanjang sem ni xpnah pon nk igt apatah lg nk menyerahkan CINTA sepenuhnya pada Allah..
Tidak dinafikan, manusia ini sering alpa,lalai dan kufur dgn nikmat Allah. Iman juga sekejap naik,sekejap turun,dh mcm saham..Tp tiada salahnya kalu kita bykkn Ibadah pada pd ketika ini,dan maintainkn ibadah ni untuk sepanjang hayat...insyaAllah, segala ilmu akan diberkatiNya...AMIN..

Wednesday, March 10, 2010


Salam semua..


hermm,hari ni tetiba rasa nk ckp sal nasyeed. SY tersgtlah minat irama nasyeed ni, dr skolah lg..nasyeed sgt mudah,senang dan menyenangkan hati..=)..Masih igt zaman sekolah menengah rendah dulu,sY ada la sikit2 tulis lirik dan cipta lgu sekadar suka2 dan ada yg diterima sbgai lagu untuk apa2 acara di skolah. Tp sy ni bukan la yg penyanyinya,sekadar mencipta je..maklumlah,suara xsedap mana pun..=P. Dan, perasaan yg xdpt digambarkan bila dgr org lain yg menyampaikan lagu kita (usaha kita),MasyaAllah..tak tergambar perasaan gembira ,suka,bangga buat pertaman kalinya...



Selesai sudah cerita ni,dan nasyed yg sy buat tu bknlah sehebat composer2 skrg ni,langsung tak tersenarai pun.Cuma kepuasan yg sy rasakan tu yg membuatkan hati ni sgt teruja dan bersyukur sgt..Alhamdulillah..Sekarang ni,dh lama sy tinggalkan hobi sy tu, just dgr2 nasyeed org je..Antara kumpulan nasyeed yg sy minat,in-team,saujana,raihan,hijjaz,unic,deevotees dan byk lg artis2 Malaysia yg semuanya hbt2 belaka.



Yg paling jd kegemaran ialah inteam.suara dan lagu2 mereka sy ikut smpai skrg ni.semua album ada tersimpan dlm laci.. lagu,semua ada dlm memori..=)..



Harapan sY,agar makin byk lg saudara2 yg akan bersinar dan muncul sebagai artis nasyeed tanah air kita. Jika tidk mahu muncul sbgai artis pun xpe,jdkanlah nasyeed satu hiburan yg menyenangkan dan saluran dakwah yg bekesan.Dan kalau nak bernasyeed tu,biarlah betol2 nasyeed,jgnla cemarkan dunia nasyeed yg sdia ada ni..



Yg baik itu dr Allah, dan yg tdak itu dr sY sndiri..

sekian..=)



Tuesday, February 2, 2010

cinta kekasih membawa padah
















Salam ukhuwah..


Di sini sY nk bawakan satu kisah benar seorang Hamba Allah ( emY) bkn nama sbnar yg tertipu dan terlanjur dengan kekasih yg amat dipercayainya..SY mengenali EmY sejak sekolah form 4...Kami satu bilikdan sentiasa berkongsi pendpat dan apa shj yg pnting. sy tahu yg emY sudah mempunyai kekasih sejak dr menengah rendah. hampir setiap hujung mggu si kekasih akan menelefon si pujaan hatinya untuk meleaskan rindu. Bg sY perkara itu mungkin biasa selagi tidak mendatangkan sebarang masalah pada diri si emY. emY juga sgt bahagia setip kali si kekasih berbicara di corong telefon,sampai berjam-jam lamanya...kadang2 saya terfikir yg apakah begitu bahagia perasaan org bercinta ini?..sanggup korbankan tidur untuk mendengar dan berkongsi rindu..bg sY,argh...buang masa saja, telefon mak ayah lg bagus. Sy pernah juga cuba mengorek rahsia dan kdg2 cuba menasihati, namun melihatkan emY yg terlalu mabuk ketika itu,sgala nasihat tidak mnjadi. Namun, manis tak akan berpanjangan. Suatu ketika, emY datang memeluk sY sekuat hatinya smbil air mata menjurai-jurai. SY lgsung tidak dpt menangkap mksud emY itu. Dia menagis tk henti2 di pelukan sY. Bila sy ty die diam smbilmenundukkan kepala.


Sy makin bingung. Ucapan maaf keluar dr mulutnya. kenapa perlu mintak maaf sY kira?.. salah apa yg dia lakukan pd sY?..emY dgn teresak- esak perlahan-lhn menceritakan hal yg berlaku. dia mangsa godaan syaitan durjana, astaghfirullah...

sY tersentap mendengar pengakuan emY. sY sendiri turut sama menangis tak thn sebak. ketika itu juga pihak sekolah telah mngetahuinya dan kes emY dlm perbicaraan BHEp. emY dinasihatkan supaya berhenti sekolah kerana memalukan diri dan tidak mahu dirinya terus dicaci dan dihina...Selepas kejadian itu, sY lgsung tidak bertemu emY lg..sY ada mndengar yg emY telah kahwin namun ada juga yg berkata dia hanya bertunang,itupun bkn dgn kekasih perosak hdupnya.



Hurm, dr kisah ni,kepercayaan sY terhadap lelaki sgt nipis. Ya, tidak semua begitu namun kita sendiri kena sentiasa waspada dgn kaum bernama lelaki. salah sendiri juga bila dah jd. sebagai Hamba Allah, perku menjaga maruah dan pegaulan diri. jgn terlalu obses dgn cinta manusia, perlu cinta diri sendiri dulu.

Sedalam manapun cinta seseorg kekasih kpd kekasihnya, mesti ada syaitan antara keduanya itu. Syaitan sentiasa mncari peluang musnahkan umat Islam. igtlah,tiada cinta hakiki melainkan cinta Allah dan RasulNya~~~~...

Sunday, January 31, 2010

Tak kan berpaling darimu..kisah hidupku dan hidupnya~~


Assalamualaikaum...

Dah lama sY tidak menulis apa-apa..hari ni terasa pula nk menulis sesuatu. Sebenarnya, baru- baru ni saya sempat berkenaln dgn seorang guy. Perkenalan kami hanya menerusi laman sosial FB dan Ym..Seorang hamba Allah yg pada saya baik dan berpelajaran.

Namun, saya langsung tidak mengerti kerana suatu malam hamba Allah ini mengatakan yg dia jahat dan tidak layak berkawan dgn saya. Msg nya berbunyi," Ko bdk baik,xlayak kwn ngn aku, aku ni bknnya baik sgt pun.." dan berterusan dia ungkap benda yang sama..

Saya sgt sedih mendengar pengakuan dia apatah lg bila dia mengatakan yg dia pernah buat jahat dan mengajak saya berbuat jahat.." aku meng jahat, ko nak buat jahat dgn aku?.." tersentap hati ku membaca pengakuan hamba Allah ni.

Ya Allah, pada fikiranku masih ada Muslim yg berpelajaran namun singkat ilmu..Air mata ini tidak menahan rasa sebak memikirkan apakah perkara jahat yg dimaksudkannya..hurmm. Selepas itu, saya terus berkata bahawa tiada manusia yg tidak berbuat dosa , namun hanya Allah yg berhak mengampuni dosa- dosa hambanNya..Saya hanya mmpu berdoa agar Hamba Allah ini segera menginsafi diri dan bertaubat, pintu taubat masih terbuka untknya dan untuk sesiapa sahaja..

Allah itu Maha Penyayang...Sekarang, saya kira beliau mungkin tidak akan menghubungi saya lg..Kepada beliau, saya mengharapkan hanya yg terbaik, semoga Allah melindungi nya dan hidup diberkati Allah..Amin..~~~


Tuesday, December 22, 2009

Percayakan Islam tapi tak sembahyang!


kisah ini benar2 berlaku,renungkanlah....

SOALAN: Saya berumur 33 tahun tetapi masih belum bertemu jodoh. Saya tidak pernah bersembahyang. Walaupun demikian, saya tetap berkeinginan sembahyang tetapi gagal kerana saya tidak tahu langsung membaca al-Quran. Saya pernah bermimpi memegang salib dan diajak keluar Islam. Persoalannya, apakah saya perlukan bimbingan? Adakah kerana itu saya mudah terpengaruh? – SAMSHORI WAHAD, Gurun.

Jawapan: Ada beberapa perkara yang saudara dan juga mereka yang mempunyai latar belakang seperti saudara mesti renungi. Apabila seseorang itu beragama Islam, tidak kira sama ada Islamnya Islam keturunan ataupun saudara baru, maka apabila ia mempunyai syarat-syarat tertentu iaitu baligh, berakal, suci haid dan nifas, sejahtera pancaindera dan sampai seru, maka individu berkenaan wajib mendirikan sembahyang lima waktu.

Saudara berumur 33 tahun. Ini bererti saudara lebih daripada baligh. Rasulullah s.a.w. menyuruh agar wali ataupun mereka yang bertanggungjawab menyuruh anaknya sembahyang ketika berumur tujuh tahun. Saudara juga sejahtera pancaindera, tidak gila, tidak buta dan tuli sejak dilahirkan. Seruan juga tiba kepada saudara, malah saudara adalah salah seorang daripada mereka yang beragama Islam.

Orang yang mengaku dirinya Islam dan mempunyai syarat-syarat seperti di atas wajib bersembahyang. Sembahyang adalah ibadah terpenting. Ia merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Ia difardukan terus daripada Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril.

Sembahyang adalah lambang iman seseorang. Andainya sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu sempurna, maka sempurnalah ibadah-ibadah yang lain. Rasulullah s.a.w. ada bersabda, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud, yang mula-mula sekali dihisab terhadap seorang hamba pada hari kiamat kelak ialah amalan sembahyangnya. Andai sembahyangnya sempurna, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Jika tidak sempurna, maka sesungguhnya dia telah kecewa dan rugi.

Hadis ini membicarakan tentang amalan sembahyang hamba yang sempurna dan diterima oleh Allah, ataupun tidak sempurna dan tidak diterima Allah. Bermaksud, andainya sembahyang seseorang itu tidak sempurna, dan tidak diterima Allah, maka amalan-amalan yang lain tidak diterima. Persoalan yang wujud pada diri saudara adalah lebih serius daripada tidak sempurna kerana saudara tidak pernah mendirikan sembahyang seumur hidup saudara, sehingga umur mencecah 33 tahun. Saudara renungi betapa seriusnya masalah yang saudara hadapi.

Sembahyang adalah tiang agama. Barang siapa mendirikan sembahyang, maka dia telah mendirikan agama. Barang siapa meninggalkan sembahyang, maka dia telah merobohkan agama, iaitu agama Islam yang dikatakan sebagai anutannya.

Dijelaskan lagi bahawa sembahyang adalah wajib, ataupun fardu ain, iaitu wajib yang mesti dilakukan oleh setiap individu yang mempunyai syarat-syarat yang dijelaskan. Ia wajib seperti yang dijelaskan oleh al-Quran, hadis-hadis, dan ijmak ulama. Wasiat Rasulullah s.a.w. yang terakhir, seperti yang dijelaskan dalam hadis daripada Ummu Salamah r.a., ialah sembahyang. Baginda mahu umatnya tidak meninggalkan sembahyang.

Sembahyang pada hakikatnya adalah tiang atau tunjang semua agama. Al-Quran menjelaskan tentang kisah Nabi Ibrahim memohon kepada Allah agar menjadi manusia yang kekal sembahyang, begitu juga dengan keturunannya (Ibrahim: 40). Begitulah halnya yang dilakukan oleh Nabi Ismail (Maryam: 55), yang berkaitan dengan Nabi Musa a.s. (Taha: 14, Ali-Imran: 42, Maryam: 31, Baqarah: 83, Taha: 132).

Mengenai orang yang meninggalkan sembahyang, Allah (Maryam: 59-60) menjelaskan: Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan sembahyang, dan menurutkan nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan. Kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya sedikitpun.

Ayat di atas menjelaskan bahawa orang yang meninggalkan sembahyang adalah mereka yang tunduk mengikut runtunan nafsu yang berakhir dengan kesesatan.

Menurut Ibn Abbas, yang dimaksudkan dengan ayat di atas bukanlah hamba yang meninggalkan sembahyang sama sekali seumur hidupnya tetapi yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya.

Menurut Said bin al-Musayyab, iaitu salah seorang daripada tujuh orang ahli fikah yang terkenal di Madinah: Barang siapa terus menerus dalam keadaan sedemikian rupa, dan dia tidak bertaubat, Allah memberi amaran kepadanya. “Baghy”, iaitu satu lembah yang terdapat dalam neraka jahanam, yang begitu dalam, yang sangat baik azabnya.

Allah berfirman seperti yang termaktub dalam surah al-Ma’un: 4-5: Maka neraka waillah bagi mereka yang tidak sembahyang, iaitu orang yang lalai dari sembahyangnya.

Sa’d bin Abi Waqqas, seorang daripada sepuluh orang yang dijanjikan syurga bertanyakan Rasulullah s.a.w. tentang “orang yang lalai sembahyangnya”. Baginda menjawab, mereka itu ialah orang yang sembahyang di luar waktu dengan sengaja, yang akan dibalas dengan “wali”, iaitu satu lembah yang terdapat dalam neraka jahanam. Andai dilalukan padanya gunung-gunung yang ada di dunia, nescaya hancur luluhlah gunung-gunung itu kerana terlalu panas.

Dalam surah al-Maunafiqun: 9 Allah mengingatkan mereka yang beriman agar jangan lalai daripada mengingati Allah (bersembahyang) kerana harta dan anak-anak. Barang siapa berbuat demikian, mereka termasuk dalam golongan orang yang rugi.

Dalam sebuah hadis, riwayat imam Ahmad bin Hambali, dinyatakan bahawa Nabi s.a.w. ada bersabda: Barang siapa memelihara sembahyang, maka baginya cahaya dan tanda keimanannya juga kejayaan pada hari kiamat kelak, dan barang siapa tidak memeliharanya, tidak ada cahaya juga tanda keimanan, juga kejayaan pada hari kiamat kelak. Ketika itu, mereka akan diletakkan bersama Firaun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

Mereka dimasukkan dalam golongan manusia tertentu, iaitu Firaun kerana ia terlalu ingkarkan Allah, seorang raja Mesir di zaman Nabi Musa a.s, yang akhirnya tenggelam dalam laut. Qarun pula adalah dari kaum Nabi Musa yang menjadi takabur kerana banyak hartanya, lalu akhirnya ditelan bumi. Kisah ini dijelaskan dalam al-Quran pada ayat 76 dan berikutnya. Haman pula adalah salah seorang wazir Firaun. Kisah mereka bertiga iaitu Firaun, Qarun dan Haman disebut jelas dalam surah al-Ankabut: 39, manakala Ubai bin Khalaf adalah salah seorang ketua puak musyrikin di Mekah, yang banyak menyakiti orang Islam. Dia telah ditikam dalam peperangan Uhud, menyebabkannya jatuh terpelanting dari kudanya, dan dibawa balik ke Mekah tetapi mati di perjalanan.

Sesetengah ulama berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran (ayat an-Nisa: 103 dan at-Taubah: 11) menyatakan bahawa mereka yang meninggalkan sembahyang dan juga enggan mengeluarkan zakat adalah kufur hukumnya. Pendapat lain menyatakan bahawa meninggalkan sembahyang tidak menyebabkan kufur, tetapi termasuk dalam golongan asiy lagi fasik,” demikianlah menurut pendapat Imam Malik dan asy-Syafie. Biarpun terdapat perbezaan pendapat, namun semua ulama sependapat menyatakan mereka yang meninggalkan sembahyang dan tidak mengaku bahawa sembahyang itu wajib hukumnya, mereka adalah kufur.

Biarpun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama terhadap mereka, namun mereka yang meninggalkan ibadah sembahyang itu akan diseksa dengan seksaan yang mengazabkan. Kita lihat betapa ngerinya balasan mereka yang tidak sembahyang. Ketika ditanya tentang amalan yang paling disukai Allah, Baginda s.a.w. menyatakan amalan tersebut ialah mendirikan sembahyang pada waktunya. Barang siapa meninggalkan sembahyang, maka tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama.

Ketika ditikam oleh Abi Lukluk, seorang Majusi, Sayyidina Umar bin al-Khattab diperingatkan tentang sembahyang. Beliau terus bersembahyang pada hal ketika itu darah mengalir dari liang tikaman.

Ibn Abbas r.a. menjelaskan bahawa barang siapa meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dia akan menemui Allah dalam keadaan Allah murka padanya.

Kalau saudara berupaya menghayati keterangan di atas, saudara akan sedar dan faham di mana kedudukan saudara. Seseorang yang meninggalkan sembahyang, ketika dia mati dia akan menemui kemurkaan Allah. Disediakan baginya neraka. Amalan ibadah yang lain tidak diterima Allah, kerana lumrahnya apabila sembahyang seseorang itu tidak sempurna, maka ibadah lain juga lagi tidak sempurna. Dalam masalah ini, saudara bukan sahaja semata-mata tidak sempurna sembahyang, tetapi saudara lebih jauh daripada itu saudara tidak pernah sembahyang seumur hidup.

Tabiat manusia memang resah gelisah, tidak kira sama ada ketika senang atau susah, kaya atau miskin. Namun keresahan itu akan hilang andainya seseorang itu berupaya mendirikan sembahyang dengan baik. Allah menjanjikan ketenangan bagi mereka yang mengingati Allah, termasuk mendirikan sembahyang.

Biarpun amaran Allah itu jelas, namun Allah memberi jalan keluar iaitu dengan bertaubat, beriman dengan sebenar-benar iman di samping melakukan amalan saleh (Maryam: 60). Walaupun demikian, tidak mudah bagi seseorang itu untuk kembali ke pangkal jalan, kecuali mereka yang diberi hidayah dan keinsafan. Saudara adalah manusia yang diberi tanda-tanda hidayah, merasa insaf diri, kesalahan dan penyesalan lalu bertanya bagaimana hendak melepaskan diri daripada kemelut dosa besar melalui ruangan ini.

Orang yang seumpama ini mudah diganggu dan dipesongkan seperti yang saudara alami ketika saudara bermimpi. Saudara bukan sahaja perlu dibimbing, tetapi juga perlu dipaksa. Persoalannya, siapakah yang perlu membimbing atau memaksa manusia baligh yang berumur 33 tahun.

Insya Allah saudara akan bertemu jodoh apabila saudara benar-benar menghayati ajaran Islam, terutamanya mendirikan sembahyang lima waktu.

Dugaan itu rahsia Allah!


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Article Dari :
iluvislam