Tuesday, June 14, 2011

-Sedetik insaf-

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setelah bertahun-tahun mengabdikan diri kepada Allah, mencari keredhaanNya, memohon petunjuk dari Nya, aku kini sedar yg hati ini sedikit berubah. Sesungguhnya tiada ucapan yang lebih baik untuk diungkapkan selain Alhamdulillah, banyak sungguh nikmat yang dikecapi sejak dari awal tahun ni. Jangan pula selepas dapat nikmat, aku menjadi hamba yang kufur dan terus menjauhkan diri daripadaNya. Na’udzubillah… Ya, aku merasakan yg aku sudah sedikit berubah. Sedikit bercanggah dengan apa yg di amalkan dan perjuangkan selama ini. Hanya satu ucapan, Astaghfirullah hal'Azim. Hati ini sudah terasa sedikit jauh dariMu ya Allah, semakin dekat Engkau dengan ku semakin jauh aku meninggalkan Mu. Ya Allah, segala kesilapan dan dosa yg aku lakukan ini adakah masih mampu di ampunkan oleh Mu Ya Allah? Terasa diri ini terlalu kerdil di hadapanMu,terlalu hina. Segala yg diperjuangkan selama ini hanya sia-sia jika hati ini berterusan jauh melupakanMu.

Aku bukanlah tokoh agama, bukan juga dalam kalangan alim ulama, tetapi aku mengetahui bahawa diriku mempunyai kelebihan yang macam mana. Selama ini aku sangka bahawa apa yang sering menjadi ibadah harianku, itulah yang terbaik buatku. Ya, aku amat yakin bahawa yang aku lakukan itu sunnah dan boleh membawa diriku dekat padaNya. Akan tetapi, aku terlupa bahawa aku ini siapa. Dengan nikmat yg kau berikan ini, aku lupa..

Jujur aku katakan, hatiku kini tidak setenang dulu, tidak merasakan nikmat ketenangan Mu kerana kelalaian aku sendiri. Lupa akan nikmat yg Engkau berikan. Aku takut Ya Allah. Segala yg aku lakukan kini hanyalah mencari kebahagian dunia semata2 , hanyalah bermanfaat pada diriku tanpa menghiraukan orang2 di sekeliling. Segalanya hanya untuk kepentingan sendiri. Aku khilaf Ya Allah. Aku lupa akan diriMu yg memberikan segala nikmat duniawi ini, lupa yg hidupku ini hanya sementara dan segalanya hanyalah sekadar pinjaman. Lupa bahawa lahirku di dunia adalah untuk mengabdikan diri padaMu, beribadah padaMu dan menyucikan hati hanya padaMu. Betapa hinanya aku saat ini Ya Allah. Air mata tidak tidak berhenti mengalir mengenangkan dosa dan kealpaan ku. Ya Allah, aku lupa ya Allah, Kau ingatkan lah aku. Bahawa hidup dan matiku hanyalah untukMu.

Ya Allah, berilah aku hidayahMu dan janganlah Engkau pergi jauh dari hidupku, jauh dari hatiku. PadaMu aku memohon agar Engkau lindungilah aku dari segala godaan Syaitan, segala hasutan2 nya. Aku tidak mahu jauh tersimpang dari Mu. Kau bimbinglah aku Ya Allah. Nikmat dunia yg Kau berikan ini menjadikan aku sedikit alpa ya Allah. Ampunkan aku ya Allah.

Seringkali dalam perancangan hidupku, aku mengaturnya mengikut prioriti. Tetapi aku terlupa, bahawa hampir semua yang aku aturkan hanyalah untuk diriku sahaja. Aku leka dengan diriku. Dengan duniaku.

Astaghfirullah,Ya Allah, besarnya dosa hambamu ini. Ampunilah diriku ya Allah, dan bantulah aku untuk berubah…kembali kepada Mu . Aminn Ya Rabbal 'Alamin..


2 comments: