Wednesday, June 15, 2011

-Siapakah Allah dlm Hidup kita?-


Telah diciptakan manusia ini, lelaki dan perempuan, dengan pelbagai rupa yang berbeza tingkah laku, kemahiran dan perwatakan. Disengajakan keadaan itu berlaku supaya manusia cenderung untuk merasakan keperluan menjalinkan hubungan untuk membentuk kerjasama antara satu sama lain supaya sebuah kesatuan dapat dibina. Walaubagaimanapun, sebuah kesatuan itu hanya mampu dibina jika manusia mempunyai sebuah matlamat atau dasar yang sama yang mahu dicapai bersama-sama.

Salah satu hikmah Islam diwahyukan ialah bagi membolehkan umat manusia mempunyai dasar yang sama, walaupun wujud perbezaan latar belakang pendidikan, keturunan, kebudayaan, dan lain-lain. Akan tetapi, tidak semua manusia dapat menerima Islam sebagai satu sistem kehidupan yang praktikal di zaman ini. Lebih kritikal lagi apabila ada dalam kalangan mereka yang mengaku dirinya Islam dan namanya juga Islam, tetapi menolak untuk mengamalkannya, sama ada sebahagiannya atau kesemuanya.

Islam telah menggariskan satu dasar yang wajib menjadi pegangan semua ‘ahlinya’. Pegangan itulah yang dinamakan aqidah. Aqidah inilah yang, dengan izin-Nya, telah menyatukan Muhajirin dan Ansar selepas hijrah. Aqidah inilah yang, dengan izin-Nya, telah meledakkan kekuatan umat Islam untuk bersatu mempertahankan kesucian Islam daripada dirobek oleh musuh-musuh.

Aqidah ini mempunyai satu tunjang yang sangat kuat yang telah memungkinkan perkara di atas berlaku. Tunjang kepada aqidah ini adalah syahadah iaitu pengakuan, persaksian, penundukan diri dan penerimaan bahawa Allah adalah satu-satunya yang layak disembah dan tiada yang lain yang setanding dengan-Nya, dan Rasulullah SAW adalah penerima, pembawa, pengajar, penyebar dan contoh kepada risalah yang diwahyukan oleh Allah iaitu Islam.

Dalam Islam, Allah adalah segala-galanya seperti yang disebut dalam satu ayat iaitu:

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

(Al-An’aam, 6:162)

Hasil daripada pemahaman ayat ini, jelas dinyatakan bahawa kehidupan seorang muslim itu berpaksikan Allah dan seterusnya mengikut contoh tauladan Rasulullah. Dalam erti kata yang lain, segala perbuatan harian seperti makan dan minum, pergaulan dan interaksi, ibadah dan kesemuanya adalah menurut apa yang telah dinyatakan dalam Al-Quran dan melalui contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah yang telah diceritakan melalui hadith-hadith sahih.

Dalam mencetuskan penghayatan ayat di atas, perkara yang paling utama untuk diberikan perhatian ialah siapakah Allah dalam hidup kita? Di manakah kita meletakkan Allah dalam penilaian hidup kita? Apakah kita terlebih dahulu mengambil kira perintah dan larangan Allah dalam setiap perbuatan kita?

Sebelum kita betul-betul mampu untuk menggerakkan sebuah kesatuan, persoalan-persoalan ini perlu dijelaskan dan difahamkan dengan sebaiknya. Hanya dengan kekuatan yang bertunjangkan aqidah yang saleem (sejahtera) sahaja yang mampu menggerakkan seseorang untuk mengamalkan Islam secara total dan membentuk sebuah kesatuan yang kukuh untuk menghadapi cabaran yang kuat dan mencengkam pada masa hadapan.

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. (24) Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)..

(Ibrahim, 14:24-25)

Allahua’lam…

Tuesday, June 14, 2011

-Sedetik insaf-

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Setelah bertahun-tahun mengabdikan diri kepada Allah, mencari keredhaanNya, memohon petunjuk dari Nya, aku kini sedar yg hati ini sedikit berubah. Sesungguhnya tiada ucapan yang lebih baik untuk diungkapkan selain Alhamdulillah, banyak sungguh nikmat yang dikecapi sejak dari awal tahun ni. Jangan pula selepas dapat nikmat, aku menjadi hamba yang kufur dan terus menjauhkan diri daripadaNya. Na’udzubillah… Ya, aku merasakan yg aku sudah sedikit berubah. Sedikit bercanggah dengan apa yg di amalkan dan perjuangkan selama ini. Hanya satu ucapan, Astaghfirullah hal'Azim. Hati ini sudah terasa sedikit jauh dariMu ya Allah, semakin dekat Engkau dengan ku semakin jauh aku meninggalkan Mu. Ya Allah, segala kesilapan dan dosa yg aku lakukan ini adakah masih mampu di ampunkan oleh Mu Ya Allah? Terasa diri ini terlalu kerdil di hadapanMu,terlalu hina. Segala yg diperjuangkan selama ini hanya sia-sia jika hati ini berterusan jauh melupakanMu.

Aku bukanlah tokoh agama, bukan juga dalam kalangan alim ulama, tetapi aku mengetahui bahawa diriku mempunyai kelebihan yang macam mana. Selama ini aku sangka bahawa apa yang sering menjadi ibadah harianku, itulah yang terbaik buatku. Ya, aku amat yakin bahawa yang aku lakukan itu sunnah dan boleh membawa diriku dekat padaNya. Akan tetapi, aku terlupa bahawa aku ini siapa. Dengan nikmat yg kau berikan ini, aku lupa..

Jujur aku katakan, hatiku kini tidak setenang dulu, tidak merasakan nikmat ketenangan Mu kerana kelalaian aku sendiri. Lupa akan nikmat yg Engkau berikan. Aku takut Ya Allah. Segala yg aku lakukan kini hanyalah mencari kebahagian dunia semata2 , hanyalah bermanfaat pada diriku tanpa menghiraukan orang2 di sekeliling. Segalanya hanya untuk kepentingan sendiri. Aku khilaf Ya Allah. Aku lupa akan diriMu yg memberikan segala nikmat duniawi ini, lupa yg hidupku ini hanya sementara dan segalanya hanyalah sekadar pinjaman. Lupa bahawa lahirku di dunia adalah untuk mengabdikan diri padaMu, beribadah padaMu dan menyucikan hati hanya padaMu. Betapa hinanya aku saat ini Ya Allah. Air mata tidak tidak berhenti mengalir mengenangkan dosa dan kealpaan ku. Ya Allah, aku lupa ya Allah, Kau ingatkan lah aku. Bahawa hidup dan matiku hanyalah untukMu.

Ya Allah, berilah aku hidayahMu dan janganlah Engkau pergi jauh dari hidupku, jauh dari hatiku. PadaMu aku memohon agar Engkau lindungilah aku dari segala godaan Syaitan, segala hasutan2 nya. Aku tidak mahu jauh tersimpang dari Mu. Kau bimbinglah aku Ya Allah. Nikmat dunia yg Kau berikan ini menjadikan aku sedikit alpa ya Allah. Ampunkan aku ya Allah.

Seringkali dalam perancangan hidupku, aku mengaturnya mengikut prioriti. Tetapi aku terlupa, bahawa hampir semua yang aku aturkan hanyalah untuk diriku sahaja. Aku leka dengan diriku. Dengan duniaku.

Astaghfirullah,Ya Allah, besarnya dosa hambamu ini. Ampunilah diriku ya Allah, dan bantulah aku untuk berubah…kembali kepada Mu . Aminn Ya Rabbal 'Alamin..


Monday, June 13, 2011

Al-Mulk (67:6-11)

Bismillah

وَلِلَّذِينَ كَفَرُواْ بِرَبِّہِمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ‌ۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمَصِيرُ

Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (6)

إِذَآ أُلۡقُواْ فِيہَا سَمِعُواْ لَهَا شَہِيقً۬ا وَهِىَ تَفُورُ

Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak (7)

تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ ٱلۡغَيۡظِ‌ۖ كُلَّمَآ أُلۡقِىَ فِيہَا فَوۡجٌ۬ سَأَلَهُمۡ خَزَنَتُہَآ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ نَذِيرٌ۬

Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? (8)

قَالُواْ بَلَىٰ قَدۡ جَآءَنَا نَذِيرٌ۬ فَكَذَّبۡنَا وَقُلۡنَا مَا نَزَّلَ ٱللَّهُ مِن شَىۡءٍ إِنۡ أَنتُمۡ إِلَّا فِى ضَلَـٰلٍ۬ كَبِيرٍ۬

Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! (9)

وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِىٓ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ

Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka (10)

فَٱعۡتَرَفُواْ بِذَنۢبِہِمۡ فَسُحۡقً۬ا لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ

Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli Neraka (11)



P/S: sama2 kita renungkan

Sunday, June 12, 2011

-Secret O de Amour-

"I love you and i miss you"

Two things that I want him to know all the time.


Sampai sekarang hati ini masih belum dapat temui penggantinya. Pengganti kepada cinta Mr F ku. Ya Tuhan, jujur aku katakan jauh di sudut kecil hati ini masih ada secebis rindu . Namanya masih tak dapat ku hapus sehapus hapusnya, masih disitu, terukir indah di satu ruang kecil hati tulus ini...


Hatiku tak pernah berpeluang membenarkan mulut melafazkan. Terlalu sukar. Hati hanya membiarkan dirinya terkorban, merana sendirian. Ya Allah, ampunkan aku.


Genap 7 tahun, yup 7 tahun hati 'diam' . Bisu. Tak cukup berani. Tidak. Sebab bukan diriku untuk mengagungkan cinta manusia. Lalu dibiarkan hati terus menyiksa. Hati, sabarlah..


Kepada beliau , tidak kahselama ini kau tahu hati ini? Sukarkah untuk kau fahami hati ini? Perlukah hati ini sendiri membongkar segalanya? Butakah mata hatimu untuk merasakan kehadiran hatiku? Siapakah hati ini di hatimu? Aku sedih,sedih sekali. Mengapakah dia yg perlu berada dalam hati ini jika bukan dia yg memiliki hati kecil ini akhirnya. Ya Tuhan, tidakkah dia tahu akan peritnya hati ini...Ya Allah...


Lalu, di saat hati ini sepertinya sudah bersedia membenarkan mulut berbicara, ianya hancur berkecai sebelum sempat berkata. Beliau sudah tiada. Tiada dalam duniaku. Patahnya sekeping hati. Mati. Ya Tuhan sukar untukku melepaskan. Sukar dipercayai. Kenapa baru ku tahu? Ya Allah ampunkan aku sekali lagi...


Sekarang, namanya masih segar,terasa baru. Mr F, setiap hari aku merinduimu. Mengimbas kembali segala kenangan.Mengenangkan saat-saat singkat perkenalan dan pertemuan sehingga kepada perpisahan yg masih tak pasti. Sehingga kini, masih terdapat saki baki SMS yg masih belum aku delete. Saki baki yg aku sendiri tak sampai hati nak delete. Emel yg masih terdapat dalam inbox dan tak mampu untuk dipindahkan ke trash folder. Dan juga emel yg masih terdapat di sent item. Juga draft-draft yg aku sendiri tak tahu mengapa aku tulis tapi tak dapat di send direct kepadanya. Sepi sekali akan ketiadaan nya ..Buntu..Ya Allah, ampunkan aku..


Mungkin dia bukan tercipta untukmu wahai hati. Jika benar dia bukan milikku, padamkanlah namanya dari hati ini. Matikanlah perasaan aku. Ya Allah, padaMu aku memohon. Bantulah aku. Hati ini terasa sgt perit untuk mengharungi. Hatiku rapuh. Wahai hati,sabarlah...kuatlah...


Kepada insan yg ku sanjungi, ku sayangi Mr F, moga berbahagialah engkau di sana. Doaku selalu mengiringi jalanmu. Ya Allah, lindungilah kami dari segala bencana di dunia dan tempatkanlah kami dalam kalangan orang2 yg Engkau redhai.

Amin Ya Rabb..

Hati ini masih mengharapkan dirinya kembali....Mr F ...
Dengan ingatan tulus ikhlasku...












Thursday, May 26, 2011

'Life's a Climb, but the View is Great'


'I can almost see it, that dream I'm dreaming; but there's a voice inside my head saying "You'll never reach it." '

Fresh resolve. Renewed hope. Aspiring ambitions. Take my hand. I'll lead the way.

'Every step I'm taking, every move I make feels lost with no direction; my faith is shaking'.

Allah promise you peace and joy that will never fade. Don't look back. Keep your eyes on Him.

There's always gonna be another mountain. I'm always gonna want to make it move. Always gonna be an uphill battle, sometimes I'm gonna have to lose. Ain't about how fast I get there. Ain't about what's waiting on the other side. It's the Climb.

You are beginning to see it. Embrace this climb He have you on. That's what life is about.

The struggles I'm facing, the chances I'm taking, sometimes might knock me down, but no, I'm not breaking. I may not notice, but these are the moments that I'm gonna remember most, yeah, just gotta keep going.

Allah will never give you more than He knows that you can handle. Has Allah ever left your side? No, not once! Not ever! Yes, these are the moments that you will remember most. These are the moments that Allah shaping you into the woman that He want you to be. Allah see the girl that you aren't brave enough to see yet; the girl who is already beautiful, who already has an incredible purpose right now, today.

'And I, I gotta be strong; just keep pushing on. Keep on moving, keep climbing, keep the Faith, baby. It's all about, it's all about the climb. Keep the Faith, keep your Faith'.

That strength Allah promised you? He's already with you. Faith has not left your side. You are strong in Him. Allah takes you, leads you through each mountain and each chapter; but, He can only take you by the hand if you let Him lead the way.


Life is filled with mountains that we climb: school, college, dating, buying a car, losing a loved one, marriage, and the list could go on! These milestones are in our lives for a reason. Yes, some are painful while others are not; but, the point is that each and every hill that we face shapes us into who we are.

For me personally, I know that I would not be the perfect one. Mistakes is all around. During these climbs I definitely wondered why in the world I was headed up that mountain, but once I reached the TOP, I saw exactly why Allah had chosen that journey for me. And yes, it's all about The Climb...


xoxo,purpleninja
P/s : i really love this song by Miley Cyrus 'The Climb'. It's inspired me. Thanks Smiley Miley :)





Monday, May 16, 2011

Mother's Day -Teacher's Day Mak!

Happy Mother's and Teacher's Day MAK! <3

'Mak, u are the best mom in the world!'. My mom, Salmah Binti Hj Hashim seorang yg sgt tegas tapi penyayang dan baik hati. Beliau telah berjaya membesarkan kami 4 beradik tanpa mengharapkan bantuan orang lain , dengan penuh kasih sayang. Pengorbadan Mak melahirkan,membesarkan dan mendidik kami tidak akan dilupakan hingga akhir hayatku. Mak merupakan seorang guru Sek Ren. Di sekolah, Mak sangat terkenal dengan sifat penyayang tapi tegas beliau. (tetibe rasa mcm karangan budak skola rendah je..hehe)


Ok2, nak tahu x, mak sy sgt pandai mengaji dan menghafal al-Quran. (bakat yg sy ada ni pun mugkin dr Mak :) ) Mak telah mengajar sy dan adik2 mengaji seawal umur 5 tahun dan alhamdulillah saya berjaya khatam al-Quran pada tahun 2 sekolah rendah (umur 8 tahun). Mak sgt pentingkan ilmu agama dan al-Quran pada anak-anaknya. Saya sgt beruntung mempunyai mak yg sangat tegas dalm hal agama. Mak juga mempunya suara yg merdu ketika membaca al-Quran. Mak ada mempelajari ilmu qiraat dan lagu dalam memperdengarkan bacaan al-Quran. Tidak terkecuali ilmu Tajwid,mak sejak awal lagi telah mengajar saya segala ilmu Tajwid selain drpd apa yg sy pelajari di sekolah agama (KAFA). Boleh dikatakan Mak mmg seorang ibu dan pendidik yg bagus! Terima Kasih Mak! :)


Mak sy jugak semestinya pandai masak! Sedap woo.. sampai jilat jari :P Masakan Mak yg jd my fav and still is LAKSA! perhhggg,sedap. Dan yeah, i'm hantu segala laksa, Mak dah faham sgt dah .Kalau makan, setakat semangkuk mn cukup,hehe.. And rendang daging masa raya,perghhh, kuah yag sgt 'thick' and cukup segala rempahnya. My fav jugak tuh. Boleh dikatakan semuanya sedap2 belaka la kalu my Mom yg masak. Tp bakat masak ni xde lak pd I .haha..still learning and fail sometimes..hehe.


"Mak,kak syg mak". Itulah kata2 yg sebenarnya masih tak terkeluar dari mulut ni secara live pd Mak. Selalu hanya terucap dlm SMS dan Phone. Betapa perit , suka duka Mak mendidik kami yg agak nakal sebenarnya, hanya Allah yg tahu segala isi hatinya selama ini. Segala tanggapan Mak pada kami adik beradik, segala gurisan hati yg telah kami lakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja. Maafkan kami Mak. Maafkan kak Mak. Kak tahu kak seorang anak yg belum menepati hasrat Mak selama ni, tidak memenuhi kehendak yg mak inginkan. Kak telah jauh tersimpang dari angan2 Mak dulu yg mengharapkan kak menjadi seorang 'Pendakwah Agama' seperti Mak. Namun, apa yg kak belajar sekarang ni adalah untuk Mak, untuk Mak dan Ayah. Tanpa semangat yg Mak berikan, tak mungkin kak mampu berdiri , bertahan hingga kini. Walaupun kak bukanlah seorang Doktor yg juga apa yg Mak inginkan, tapi kak berjajni akan sedaya upaya belajar bersungguh2 menghabiskan Ijazah kak. Doa Mak sentiasa melindingi kak selama ini. Walaupun kadang kala kak sedikit tersasar, namun mak lah yg menjadi penguat kak selama ni. "Ya Allah, lindungilah ibu bapa ku dr sebarang malapetaka dunia dan tempatkan mereka dlm kalangan orang2 yg beriman, Aminn" . Kak tak mahu menyesal bila menyedari yg kak sudah tidak punya Mak dan Ayah lg suatu hari nanti. Oleh itu, kak tak akan menyakiti Mak lagi. Tiada gunanya lagi kalu kita meyesal atas apa yg dilakukan pabila ibu bapa sudah tiada di dunia. Selagi Mak dan Ayah masih hidup, kak akan menyayangi Mak seadanya. "Mak,kaulah inspirasiku" .

' Ibu, ibu engkaulah Ratu Hatiku
Bila ku berduka Engkau hiburkan selalu..'


'Ibu, Kau ampunilah dosaku
Kerana disitu letak Syurgaku..'


'Ibu,ibu,ibu....
Sungguh mulia pengorbanan Ibu.'


'Ummi..Ummi..Ummi..Ummi...'


'Ibu mithali ibu yg sejati kasih sayangmu tidak terperi
Pengorbananmu disanjung tinggi jasamu tetap di sanubari..'



xoxo,
kakak,purpleninja