Tuesday, December 22, 2009

Percayakan Islam tapi tak sembahyang!


kisah ini benar2 berlaku,renungkanlah....

SOALAN: Saya berumur 33 tahun tetapi masih belum bertemu jodoh. Saya tidak pernah bersembahyang. Walaupun demikian, saya tetap berkeinginan sembahyang tetapi gagal kerana saya tidak tahu langsung membaca al-Quran. Saya pernah bermimpi memegang salib dan diajak keluar Islam. Persoalannya, apakah saya perlukan bimbingan? Adakah kerana itu saya mudah terpengaruh? – SAMSHORI WAHAD, Gurun.

Jawapan: Ada beberapa perkara yang saudara dan juga mereka yang mempunyai latar belakang seperti saudara mesti renungi. Apabila seseorang itu beragama Islam, tidak kira sama ada Islamnya Islam keturunan ataupun saudara baru, maka apabila ia mempunyai syarat-syarat tertentu iaitu baligh, berakal, suci haid dan nifas, sejahtera pancaindera dan sampai seru, maka individu berkenaan wajib mendirikan sembahyang lima waktu.

Saudara berumur 33 tahun. Ini bererti saudara lebih daripada baligh. Rasulullah s.a.w. menyuruh agar wali ataupun mereka yang bertanggungjawab menyuruh anaknya sembahyang ketika berumur tujuh tahun. Saudara juga sejahtera pancaindera, tidak gila, tidak buta dan tuli sejak dilahirkan. Seruan juga tiba kepada saudara, malah saudara adalah salah seorang daripada mereka yang beragama Islam.

Orang yang mengaku dirinya Islam dan mempunyai syarat-syarat seperti di atas wajib bersembahyang. Sembahyang adalah ibadah terpenting. Ia merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Ia difardukan terus daripada Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril.

Sembahyang adalah lambang iman seseorang. Andainya sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu sempurna, maka sempurnalah ibadah-ibadah yang lain. Rasulullah s.a.w. ada bersabda, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud, yang mula-mula sekali dihisab terhadap seorang hamba pada hari kiamat kelak ialah amalan sembahyangnya. Andai sembahyangnya sempurna, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Jika tidak sempurna, maka sesungguhnya dia telah kecewa dan rugi.

Hadis ini membicarakan tentang amalan sembahyang hamba yang sempurna dan diterima oleh Allah, ataupun tidak sempurna dan tidak diterima Allah. Bermaksud, andainya sembahyang seseorang itu tidak sempurna, dan tidak diterima Allah, maka amalan-amalan yang lain tidak diterima. Persoalan yang wujud pada diri saudara adalah lebih serius daripada tidak sempurna kerana saudara tidak pernah mendirikan sembahyang seumur hidup saudara, sehingga umur mencecah 33 tahun. Saudara renungi betapa seriusnya masalah yang saudara hadapi.

Sembahyang adalah tiang agama. Barang siapa mendirikan sembahyang, maka dia telah mendirikan agama. Barang siapa meninggalkan sembahyang, maka dia telah merobohkan agama, iaitu agama Islam yang dikatakan sebagai anutannya.

Dijelaskan lagi bahawa sembahyang adalah wajib, ataupun fardu ain, iaitu wajib yang mesti dilakukan oleh setiap individu yang mempunyai syarat-syarat yang dijelaskan. Ia wajib seperti yang dijelaskan oleh al-Quran, hadis-hadis, dan ijmak ulama. Wasiat Rasulullah s.a.w. yang terakhir, seperti yang dijelaskan dalam hadis daripada Ummu Salamah r.a., ialah sembahyang. Baginda mahu umatnya tidak meninggalkan sembahyang.

Sembahyang pada hakikatnya adalah tiang atau tunjang semua agama. Al-Quran menjelaskan tentang kisah Nabi Ibrahim memohon kepada Allah agar menjadi manusia yang kekal sembahyang, begitu juga dengan keturunannya (Ibrahim: 40). Begitulah halnya yang dilakukan oleh Nabi Ismail (Maryam: 55), yang berkaitan dengan Nabi Musa a.s. (Taha: 14, Ali-Imran: 42, Maryam: 31, Baqarah: 83, Taha: 132).

Mengenai orang yang meninggalkan sembahyang, Allah (Maryam: 59-60) menjelaskan: Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan sembahyang, dan menurutkan nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan. Kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya sedikitpun.

Ayat di atas menjelaskan bahawa orang yang meninggalkan sembahyang adalah mereka yang tunduk mengikut runtunan nafsu yang berakhir dengan kesesatan.

Menurut Ibn Abbas, yang dimaksudkan dengan ayat di atas bukanlah hamba yang meninggalkan sembahyang sama sekali seumur hidupnya tetapi yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya.

Menurut Said bin al-Musayyab, iaitu salah seorang daripada tujuh orang ahli fikah yang terkenal di Madinah: Barang siapa terus menerus dalam keadaan sedemikian rupa, dan dia tidak bertaubat, Allah memberi amaran kepadanya. “Baghy”, iaitu satu lembah yang terdapat dalam neraka jahanam, yang begitu dalam, yang sangat baik azabnya.

Allah berfirman seperti yang termaktub dalam surah al-Ma’un: 4-5: Maka neraka waillah bagi mereka yang tidak sembahyang, iaitu orang yang lalai dari sembahyangnya.

Sa’d bin Abi Waqqas, seorang daripada sepuluh orang yang dijanjikan syurga bertanyakan Rasulullah s.a.w. tentang “orang yang lalai sembahyangnya”. Baginda menjawab, mereka itu ialah orang yang sembahyang di luar waktu dengan sengaja, yang akan dibalas dengan “wali”, iaitu satu lembah yang terdapat dalam neraka jahanam. Andai dilalukan padanya gunung-gunung yang ada di dunia, nescaya hancur luluhlah gunung-gunung itu kerana terlalu panas.

Dalam surah al-Maunafiqun: 9 Allah mengingatkan mereka yang beriman agar jangan lalai daripada mengingati Allah (bersembahyang) kerana harta dan anak-anak. Barang siapa berbuat demikian, mereka termasuk dalam golongan orang yang rugi.

Dalam sebuah hadis, riwayat imam Ahmad bin Hambali, dinyatakan bahawa Nabi s.a.w. ada bersabda: Barang siapa memelihara sembahyang, maka baginya cahaya dan tanda keimanannya juga kejayaan pada hari kiamat kelak, dan barang siapa tidak memeliharanya, tidak ada cahaya juga tanda keimanan, juga kejayaan pada hari kiamat kelak. Ketika itu, mereka akan diletakkan bersama Firaun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf.

Mereka dimasukkan dalam golongan manusia tertentu, iaitu Firaun kerana ia terlalu ingkarkan Allah, seorang raja Mesir di zaman Nabi Musa a.s, yang akhirnya tenggelam dalam laut. Qarun pula adalah dari kaum Nabi Musa yang menjadi takabur kerana banyak hartanya, lalu akhirnya ditelan bumi. Kisah ini dijelaskan dalam al-Quran pada ayat 76 dan berikutnya. Haman pula adalah salah seorang wazir Firaun. Kisah mereka bertiga iaitu Firaun, Qarun dan Haman disebut jelas dalam surah al-Ankabut: 39, manakala Ubai bin Khalaf adalah salah seorang ketua puak musyrikin di Mekah, yang banyak menyakiti orang Islam. Dia telah ditikam dalam peperangan Uhud, menyebabkannya jatuh terpelanting dari kudanya, dan dibawa balik ke Mekah tetapi mati di perjalanan.

Sesetengah ulama berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran (ayat an-Nisa: 103 dan at-Taubah: 11) menyatakan bahawa mereka yang meninggalkan sembahyang dan juga enggan mengeluarkan zakat adalah kufur hukumnya. Pendapat lain menyatakan bahawa meninggalkan sembahyang tidak menyebabkan kufur, tetapi termasuk dalam golongan asiy lagi fasik,” demikianlah menurut pendapat Imam Malik dan asy-Syafie. Biarpun terdapat perbezaan pendapat, namun semua ulama sependapat menyatakan mereka yang meninggalkan sembahyang dan tidak mengaku bahawa sembahyang itu wajib hukumnya, mereka adalah kufur.

Biarpun terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama terhadap mereka, namun mereka yang meninggalkan ibadah sembahyang itu akan diseksa dengan seksaan yang mengazabkan. Kita lihat betapa ngerinya balasan mereka yang tidak sembahyang. Ketika ditanya tentang amalan yang paling disukai Allah, Baginda s.a.w. menyatakan amalan tersebut ialah mendirikan sembahyang pada waktunya. Barang siapa meninggalkan sembahyang, maka tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama.

Ketika ditikam oleh Abi Lukluk, seorang Majusi, Sayyidina Umar bin al-Khattab diperingatkan tentang sembahyang. Beliau terus bersembahyang pada hal ketika itu darah mengalir dari liang tikaman.

Ibn Abbas r.a. menjelaskan bahawa barang siapa meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dia akan menemui Allah dalam keadaan Allah murka padanya.

Kalau saudara berupaya menghayati keterangan di atas, saudara akan sedar dan faham di mana kedudukan saudara. Seseorang yang meninggalkan sembahyang, ketika dia mati dia akan menemui kemurkaan Allah. Disediakan baginya neraka. Amalan ibadah yang lain tidak diterima Allah, kerana lumrahnya apabila sembahyang seseorang itu tidak sempurna, maka ibadah lain juga lagi tidak sempurna. Dalam masalah ini, saudara bukan sahaja semata-mata tidak sempurna sembahyang, tetapi saudara lebih jauh daripada itu saudara tidak pernah sembahyang seumur hidup.

Tabiat manusia memang resah gelisah, tidak kira sama ada ketika senang atau susah, kaya atau miskin. Namun keresahan itu akan hilang andainya seseorang itu berupaya mendirikan sembahyang dengan baik. Allah menjanjikan ketenangan bagi mereka yang mengingati Allah, termasuk mendirikan sembahyang.

Biarpun amaran Allah itu jelas, namun Allah memberi jalan keluar iaitu dengan bertaubat, beriman dengan sebenar-benar iman di samping melakukan amalan saleh (Maryam: 60). Walaupun demikian, tidak mudah bagi seseorang itu untuk kembali ke pangkal jalan, kecuali mereka yang diberi hidayah dan keinsafan. Saudara adalah manusia yang diberi tanda-tanda hidayah, merasa insaf diri, kesalahan dan penyesalan lalu bertanya bagaimana hendak melepaskan diri daripada kemelut dosa besar melalui ruangan ini.

Orang yang seumpama ini mudah diganggu dan dipesongkan seperti yang saudara alami ketika saudara bermimpi. Saudara bukan sahaja perlu dibimbing, tetapi juga perlu dipaksa. Persoalannya, siapakah yang perlu membimbing atau memaksa manusia baligh yang berumur 33 tahun.

Insya Allah saudara akan bertemu jodoh apabila saudara benar-benar menghayati ajaran Islam, terutamanya mendirikan sembahyang lima waktu.

Dugaan itu rahsia Allah!


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Article Dari :
iluvislam

Cinta Dlm Islam




Cinta Sejati menurut Islam:





  1. Tidak rela yang dicintai menderita



  2. Rela berkorban apapun demi yang dicintai



  3. Memenuhi segala keinginan dari yang dicintai



  4. Tidak pernah memaksakan kehendak kepada yang dicintai



  5. Berlaku sepanjang masa



Cinta tersebut hanya ada antara Khalik dan Makhluk, cinta antara makhluk harus ditambah syarat-syarat berikut:





  1. Cintanya tersebut karena Alloh S. W. T.



  2. Harus memenuhi segala aturan yang dibuat oleh Alloh S. W. T.



  3. Sex bukanlah cinta dan cinta bukanlah sex, tetapi sex adalah bunga-bunga dari cinta dan hanya ada dalam pernikahan dan hanya dengan yang dinikahi



  4. Cinta bukan uang atau harta atau duniawi, tetapi cinta membutuhkan uang, harta dan duniawi.



LoVe in Islam


Love is one of the greatest blessings Allah has bestowed on humanity. Allah has created human nature in such a way that a person will take pleasure from loving and being loved, from friendship and from intimacy.

Being with people who live by the moral values of the Qur'an, enjoying love and friendship with them, brings a believer greater pleasure than many other blessings. Therefore, the Paradise that Allah has promised to His servants whom He loves and with whom He is well pleased is a place of extraordinary beauty in which true love, friendship and intimacy will be experienced with enormous joy for ever. The information Allah provides about the life of Paradise in the Qur'an, always refers to joy, friendship, love, conversation, pleasing words and peace. Everything that might prove an obstacle to love and friendship has been kept far removed from the people of Paradise. In one verse, for example, Allah has revealed that He will strip away any rancour in the hearts of the companions of Paradise (Surat al-A‘raf, 43). All vices that might represent an obstacle to love and friendship, such as jealousy, enmity, rivalry, anger, discord and touchiness, will be excluded from Paradise.

Thursday, December 17, 2009

Drama Nur Kasih


Herm...
Apakah pendapat anda sekalian tentang kisah yg sgt hangat diperkatakan ni?
Bg sy drama ni mmg bagus,menunjukkan dunia cinta dan pergolakkan berteraskan Islam.Ianya sgt berkesan tidak kira umur yg menontonnya. Lakonan juga menarik. Walaupun hanya sebuah drama namun masih mampu manarapkan nilai-nilai keIslaman. Seperti sifat ketabahan seorang isteri mengharungi dugaan rumah tangga, iman yang tidak dapat diwarisi walaupun dari seorang ayah, Allah berhak memilih sesiapa sahaja untuk diberikan hidayahNya, hasad dengki yang membawa padah, sifat kebergantungan manusia kpd Allah dan sebagainya..

Disalin langsung dari www.darussalaf.or.id

AKU TAK BERZINA

"Kami tidak berzina !...Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina. .....
Kami hanya barbual- bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan......

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.....
Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus.... Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.

Ingat pesanan Rasulullah : "Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan"(Tabrani).

Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis......
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua
muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri
zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan.
Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih
dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang
digambarkan oleh Rasulullah :
"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina
dan zinanya adalah ciuman" (muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak.... Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.....

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*
(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan.
Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat
lagilah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan
Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja..... Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) Study Group...?
Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua- duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? ....
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke?
Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum
sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan
rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia.
Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging)adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal
namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak!
Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.

Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan
naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.
Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta
secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta
yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang
lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.

Sabda Rasulullah :
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah" (Ibnu Majah).

Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan
makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka
semakin hampir dengan penzinaan?

Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan.
Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun! Masih ramai orang
yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina.
Kami tahan diuji.Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tidak tahan diuji? ...
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam
syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan
Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah:
"Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim" (al-Araf:19)

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa. Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.

Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?
Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar,
pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.
Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima
minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.....
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
Kebahagiaan bukan ciptaan manusia......
Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang
bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
Ganti bercinta Semua itu adalah perangkap iblisdan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan.
Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan
bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya.
Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak
bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak
berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina.

Allah berfirman:
"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3)

Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Kami
telah berjanji sehidup semati .

Apa ada pada janji cinta?
Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk
berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia
lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
*(tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.
Tapi ada orang yang boleh test drive.
Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya.
Firman Allah:
"Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang- orang
perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari
melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan
dan pahala yang besar" (Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk
mendapat redhaNya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-
benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas
pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat .
Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat.
Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa .
Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat kita Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana!
YaAllah bantulah kami .Kini kami datang kepintuMu mencari redha-Mu.
Terimalah taubat kami

jangan di Luahkan


Kadang-kadang manusia tersalah menganggap yang cinta dan sayangnya kerana Allah padahal semua itu menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada pencipta makhluk Allah itu sendiri. Mungkin matlamatnya sudah betul dan jelas, tapi jalannya tidak syara’. Jatuh cinta ataupun perasaan sayang itu tudak salah. Perasaan itu adalah anugerah Allah…tapi kalau ianya boleh melalaikan, tentu ada perbuatan yang salah…yang Allah tidak redhai.

Sentiasalah berdoa pada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi semua ini. Kalau rasa masih tidak bersedia lagi, janagan berani bercinta. Di usia kita ini perlu di hijab dengan iman dan khasyatillah (takutkan Allah). Allah jadikan cinta sebagai satu ujian…Allah jadikan di antara lelaki dan perempuan ini fitnah yakni ujian atau kejahatan untuk Allah melihat sejauh mana kita bersabar dengannya dan kita kena ingat bahawa Allah itu maha melihat.

Melawan fitrah ini bukannya senang. Tapi ingatlah…benda yang susah inilah satu imtihan dari Allah untuk menguji tahap iman kita. Sabarlah dulu pada setiap ransangan nafsu. Perkara yang Allah haramkan ini sekejap saja, Cuma dalam tempoh bersedia belum nak kahwin saja….perkara yang halal dalam islam lagi luas nanti. Didiklah sikit nafsu agar tidak mengatasi akal. Tahan dulu rasa cinta tu untuk diluahkan pada waktu yang sepatutnya nanti. Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting di iringi rahmat Allah. KUDUSNYA MUJAHADAH MEMELIHARA CINTA DI ATAS LANDASANNYA..

Muhasabahlah diri…inagat! Ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tak kan menembusi hati yang berbuat maksiat. Cinta sesama manusia ini adalah fitrah kerana memang hawa diciptakan daripada adam dan kedua-duanya saling memerlukan. Allah jadikan adam dan hawa cenderung antara satu sama lain kerana itulah fitrah.

Kita masih belum bergelar isteri, jadi tak perlu lagi ada cinta lelaki dalam diri. Cinta pada lelaki hanya khusus dan istimewa untuk lelaki yang dah bergelar isteri. Begitu juga sebaliknya…andainya kita dah saling menyukai dengan seseorang, tahanlah dulu perasaan itu untuk situasi masih belum bersedia seperti sekarang ini. Bergantunglah harapan kita sepenuhnya kepada Allah. Luahkan rasa cinta ataupun sayang apabila kita dah bersedia untuk walimah. Barulah banyak pintu syaitan yang tertutup. Sucinya perasaan tersebut kalau dijaga sedemikian rapi kerana tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta Allah. Moga-moga Allah anugerahkan pula seorang lelaki/ perempuan yang turut dicintaiNya.

Allah maha bijaksana menentukan yang terbaik untuk kita. Untuk situasi sekarang ini, tidak perlulah nak cakap I love u ke, nak ajak jumpa ke, nak bagi hadiah ke…untuk apa semua tu??? Untuk tukarkan pemikiran kita dari perjuangan kepada khayalan? Untuk gelapkan hati kita? Untuk lalaikan solat kita? Untuk jauhkan diri kita dari Allah kerana asyik ingatkan dia? Na’uzubillah..

Tahanlah dulu rasa cinta tu sebab islam suruh tahan bukannya lama. Lepas dah kahwin nanti luahkanlah…cinta sesama insan atas nama suami isteri adalah cinta yang amat Allah redhai. Bukannya cinta khayalan sepasang kekasih, kotor dengan tipu daya syaitan. Cinta lepas kahwin lagi bermakna. Lagipun rumahtangga yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara dari murka Allah…insyaallah akan lebih di berkati.

Janganlah menghampiri perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita mencintai sesama manusia di saat ini. Perasaan itu terlalu mahal harganya bagimu dan tidak boleh dicemari oleh insanlain selain dari insan yang telah dijanjikan Allah buat kita. Ingatlah! Wanitalah yang menjadi pelemah keimanan lelaki dan kerana wanita ramai lelaki yang menjadi lalai dan tergelincir dari prinsip perjuangan sendiri. Jangan jadi wanita akhir zaman yang seringkali Rasulullah saw gusarkan yang mana menjadi fitnah kepada lelaki. Tarbiyah diri untuk menjadi wanita yang mampu mengetuk pintu kelalaian lelaki daripada terpesona dengan fitnah wanita. Jadi, dengan menutup ruang perkenalan dengan lelaki ajnabi, insyaallah serba sedikit akan terlaksanalah amanah kita kepada Allah untuk menjadi wanita akhir zaman yang tidak menyumbang kepada kelalaian lelaki. Moga-moga ianya menjadi boleh mendidik mereka menjadi insane yang lebih matang dalam menilai seseorang wanita.

Setiap pertemuan sudah menjadi perancangan Allah untuk mengaturnya sehingga saling mengenali dan saling menyayangi. Tapi sayang, manusia sering lupa pada Allah. Apabila Allah pertemukan dengan seseorang yang menambat hati kita, kita lupa untuk mensyukuri nikmatNya.. kita terburu-buru cuba memenangi hati si dia biarpun banyak masa terpaksa dibazirkan. Hati di selubungi khayalan dari nama Ar-Rahman. Cinta kerana nafsu sering memperdaya. Tak malukah seseorang yang mengaku cintanya kerana Allah sedangkan jalannya tidak syara’? penuh kelalaian dan khayalan daripada mengingati Allah. Inikah balasan kita pada Allah terhadap pertemuan yang telah dirancang olehNya??? Padahal dialah pengatur pertemuan melalui apa jua cara.

Kalau kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan dengan insan seistimewa si dia, kita tak patut mengenepikan Allah dalam setiap tindakan kita agar cinta tersebut dikawal oleh syara’. Ini tidak…nak bergurau senda, nak dating, nak dengar suara selalu, nak sms selalu, nak tengok kelibatnya selalu…semua ini khayalan!!! Selagi tiada ikatan yang sah, tiada jaminan bahawa si dia itu akan menjadi teman hidup. Kalau realiti ini berlaku, bukankah sia-sianya masa yang di peruntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami?..jadi sepatutnya, agungkanlah Allah kerana telah menemukan kita dengannya dan pasrahkan sepenuh harapan padaNya.

Dalam situasi inilah menguji sejauh mana kita yakin dengan perancangan Allah dan menguji adakah kita masih mempunyai krisis keyakinan pada Allah. Bila datang cinta dari seseorang insan, nilailah cintanya terlebih dahulu kalau benar-benar kerana Allah. Bukan dengan cara nak mendekati dengan kita selalu dan asyik merinduimu…itu memang fitrah yang harus di iringi muajahadah…

Selepas berterus terang yakinlah dengan kebijaksanaan perancangan Allah. Tutuplah segala pintu yang boleh menjauhkan diri kita dengan Allah. Bila benar-benar dah rasa bersedia, terutamanya bila dah ada ilmu dan pendapatan untuk tanggung sebuah keluarga, tak perlu tunggu lama-lama. Kalau sudah jodoh tak kan ke mana. Allah maha halus perancanganNya.

Oleh itu, jangan terburu-buru memenangi hati seseorang. Akal mesti mengatasi nafsu kerana kesedaran bahawa SELAGI BELUM BERSEDIA BERUMAHTANGGA, SELAGI ITU LANGKAH UNTUK MENCINTAI MANUSIA ADALAH SIA-SIA, PENUH KELALAIAN DAN WARNA-WARNI SYAITAN. Allah lebih mengetahui adakah dia di ciptakan untuk mu. Dengan itu, bermujahadahlah melawan nafsu dan kemahuan kita untuk meluahkan sesuatu kepadanya..

Takutlah rumahtangga yang di bina atas landasan kemurkaan Allah. Ingatlah !!! dalam menyukai seseorang, segala perbuatan yang melalaikan dan menjauhkan hati dari Allah, selagi belum kahwin…ianya adalah HARAM. Tapi yang haram itu sekejap Cuma…sebab itu kena sabar dan kuat..

* H A T I K A U S A B A R L A H *


Bicara Cint@~


Cinta sejati antara dua insan berbeza jenis adalah cinta yang terjalin setelah akad nikah. Iaitu cinta kita pada pasangan hidup yang sah. Cinta sebelum menikah adalah cinta semu yang tidak perlu disucikan dan diagung-agungkan.
Dalam hidup ini, cinta bukanlah segalanya. Masih ada yang lebih penting dari cinta. Sebenarnya jikalau kita bercinta maka seharusnya itu menjadi salah satu pintu menjalankan ibadah. Janganlah terlalu kau turutkan perasanmu. Gunakanlah akal sihatmu, kerana akal sihat adalah termasuk dalam sebahagian dari wahyu.


Terkadang, tanpa disedari , kita telah menyengsarakan orang lain. Dan itulah yang mungkin ku lakukan saat ini padamu. Maafkanlah aku. Semoga Allah masih terus berkenan memberikan hidayah dan rahmatNya, juga maghfirahNya kepada kita semua. Amin.


Dipetik dari novel ayat-ayat cinta (Habiburrahman El Shirazy)

rahsia kebahagiaan


"lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1:wajah yang cantik
2:duit yang banyak
3:kesihatan yang baik
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan..

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.” ‘sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat.’