Tuesday, November 9, 2010

Exam week..FEVER~..

Bismillahirahmanirahim.. Pejam celikpejam celik,dh masuk mggu2 terakhir semester ni kt UPm.Exam pon bermula..Ya Allah,bersediakah daku???..bersedia ke x bkn persoalannya, dh pon berlalu 2 papers semalam..mudah-mudahan hasilnya nnti tidak mnunjukkan sia2 belajar berbulan2,Amin Ya Rab~





Apa pun,usaha se struggle yg mungkin then bertawakal lah pd Allah,hanya Dia yg berhak menentukan & menilai usaha kita tuh.. Nak lg berkat,doalah,mintak pd Allah moga dipermudahkan,diterangkan hati,diberi kesihatan,Amin



Friday, October 22, 2010

abadikan Silaturrahim kami...

~Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang~


Tanpa disedari, hmpir sebulan sudah Syawal meninggalkan kita..Masih adakah Syawal apatah lg Ramadhan untuk kita ????..Berdoalah mudah-mudahan masih disempatkan Allah,Amin...

Antara picture2 Aidilfitri 2010.........

Di petang Aidilfitri Pertama~

meriah di hari Raya~

Namun,disebalik keriangan yg ditonjolkan,masih terselit rasa kesyukuran kpd Allah kerana telah memberi segala nikmat Syurga dunia ini, mudah-mudahan nikmat syurga di akhirat kelak ditemukan...Kepada yg telah tiada, Al-Fatihah..buat nene(tok),tokwan hashim,Paklong Ishak,Pakcik Ramli yg telah kembali kdp Nya,moga ditempatkan dlm kalangan org2 yg Beriman,Amin
Ya Rabb...~~~


Kekalkan silaturrahim & keakraban kami ,Ya Allah=)




Sunday, September 5, 2010

Malam2 terakhir Ramadan 2010

Salam..
Sy baru sedar yg telah masok fasa terakhir puasa Ramadhan & tggl beberapa hari je lg nak Raya..hehe..=) Sekarang at home already.Alhamdulillah cuti tahun ni awai semmgu b4 raya & ada lg 1 week after raya.Kiranya boleh la nk spend masa berbuka & tolong m'buat persiapan raya kt umah nih. Selalunya balik je rumah segalanya telah tersedia kemas & lengkap ,sy juz balik goyang kaki je. Tp tahun ni dpt gak merasakan nikmat buat kuih raya+kemas2 umah+beli bau raya last minit...
Baru teringat, tahun ni raya kedua sy sekeluarga tanpa tok (nenek) Hamisah (nama).Sedih pulak bile terkenangkan arwah,tp kena tabahkan hati. Tok tggl dgn kami sejak sy kecik lg, kiranya xpernah berpisah la. Al-Fatihah untuk tok.....Semoga ditempatkan dlm kalangan org2 beriman ,Amin ya Rabb..
Kalu disebut tntg Lailatul qadar,malam seribu bulan, berlaku dlm 10 mlm terakhir Ramadan. Mudah mudahan, kita semua berjumpa @ tidak terlepas untuk mndapat gnjaran pahala malam tersebut,sama2 la kita rebut peluang keemasan ini ya!..
Sedih pulak terasa untuk meninggalkn bulan Ramadan. Sy harap Ramadan kali ini adalah lebih baek dr Ramadan sebelumnya dan bakal mnjadi lebih baek di masa2 akan dtg,Insha-Allah kalu masih ada Ramadan dlm kamus hidup kita. Berdoalah supaya kita dipanjangkan umur oleh Allah untuk bertemu lg pada Ramadan tahun depan,Amin.

Bulan Ramadan bulan yg berkat,bulan utama dan bulan rahmat~~~
Pahala digandakan doa diterima,bulan Lailaturqadar itulah ia~~
~

Thursday, August 12, 2010

CONTOH SURAT MINTA IZIN KAWEN AWAL~


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.

Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu.

Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ana akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).

Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini.


Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat.

Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua.

Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.


Puteramu,
Ajib

Thursday, July 15, 2010

KEPASTIAN:INTEAM~~~


Ujian Tuhan kepada semua insan Adalah kehidupan ini Yang baik menjadi tuntutan Yang buruk dijauhkan Syurga yang dijanjikan Bukanlah suatu khayalan Tentang nikmat berpanjangan Ilahi Neraka yang tercipta Menghimpun azab derita Tangisan kesengsaraan insan Syurga adalah kelazatan Terbentang buat hamba beriman Yang kasihkan Tuhannya Yang kasihkan Rasulnya Yang kasih agamanya Neraka tempat kemurkaan Antara kedurjanaan insan Yang lupakan Tuhannya Yang lupakan Rasulnya Yang lupa agamanya Siapakah yang lebih mulia Dari mereka yang tidak lupa Janji Allah adalah kepastian Dan nikmat syurga adalah indah~~

Jangan Kahwini Wanita Ini~~~


Jangan kahwini wanita ini Dicatat oleh Imam Al-Ghazali Jangan engkau kahwini wanita yang enam, iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah." Wanita Ananah: Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu." Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya. Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu lagi bising...

sekadar gmbar hiasan~~

Wanita HebaT~~~



Menemui syahid pada 27 Januari 2002 (sesetengah mengatakan pd 29.Jan.02)ketika
berusia 28 tahun (sesetengah mengatakan 26 tahun)... Beliau melakukan
amaliyyah istisyhadiyyah dengan meletupkan dirinya di tengah-tenga
bandar Al-Quds (Baitul Maqdis) menyebabkan beberapa orang Yahudi
terkorban 150 cedera. Beliau merupakan wanita petama yang melakukan
serangan seperti itu. Beberapa hari kemudian, ulama-ulama di Universiti
Al-Azhar, Kaherah mengisytiharkan bahawa kematian Wafa' adalah SYAHID.
TAKBIR!!!

Tuesday, July 6, 2010

minum bola,makan bola,tidur bola...waka..waka..eh..eh..



Assalamualaikum. WBT


Sedar x sedar sudah hampir kepenghujungnya WC musim ni..cepat sungguh masa berlalu,cuti semesta pon dh tggl lg 4 hari je,wah cepatnya!..Hah,kalian suma support mana?..setakat ni tggl German,Spain,Uruguay & Belanda..Kalu sY German,tp xkisah sgt kalu yg lain mng pun.=) Adat prmainan lgun..Bercakap pasal bola ni smpai esok pon xkan habis punya. Mcm kata ayah sY,skrg ni senyap je budak2 remaja yg naek motor & lepak kt area umah sY ni, sebab masing2 kumpul kat umah mengadap tV tgk bola,xkurang gak yg sanggup berjaga malam nk tgk game..(sy tgk 5 game yg mlm stakat ni,hehe)..Kalu yg bab xlepak2 kt tepi jalan & merempit tu bagus la(positive) tp sebab bola sanggup xcukup tidur pon ada. Musim bola punya pasal apa pun sanggup. Sebulan dh la xcukup tidur, xpenah terlepas game tiap malam & kalu terlepas rasa mcm rugi sesgt la..hurmmm..Cuba la kalu dlm bulan Ramadhan pon mcm tu,berjaga setiap malam qiamullail,kan bagus..sampai tahap terasa tersangat la rugi kalu termiss qiamullail..Wah,Halawatul Iman tu..Indahnya kalu kita smua smpai ke tahap tu...=) =) =)...Bukan xboleh tgk bola tuh,xda pun sunnah atau hadis yg haramkan bola.Tidak salah kalu ingin mencari keseronokkan dunia & hiburan cuma jgn sampai berlebih-lebihan sampai mengabaikan akhirat & tanggungjawab kita sbgai makhluk di bumi Allah.

Sebulan dalam empat tahun ke atau sebulan dlm setahun????....
World Cup (sebulan dalam 4 tahun)...Ramadhan (sebulan dlm setahun)
Renung2kanlah.........=)

Monday, July 5, 2010

Sentuhan kalbU~~




Bismillah...

Sentuhan Kalbu.

Dalam hidup manusia ni,ada beberapa perkara yg pasti dan semuanya dalam ketentuan Tuhan.Lahirnya seorang bayi di dunia adalah takdir Allah.Begitu juga kematian seseorang juga telah ditentukan Allah. Mungkin kita sendiri tidak mengetahui bilakah giliran kita,namun yg penting adalah persediaan kita untuk menempuhnya kelak.kehilangan orang yang kita sayang sememangnya terlalu perit untuk ditelan,sakit untuk dilalui.Namun,kita perlu(Wajib) redha atas pemergian orang2 yang kita sayang.Kesedihan hati itu adalah harus. Menangislah sekiranya airmata itu dapat menenangkan jiwa & hati mu yg terluka,bahkan Rasulullah SAW sendiri tidak dapat menahan sebak ketika anak dan isteri Beginga pergi mneinggalkanNya.Tangisan mu itu menunjukkan betapa sayang nya kita kepada insan2 yg ditangisi.Dalam tangis itu,jgn sekali2 terdetik di hati kecil mu perasaan marah,dendam,kesal dan sebagainya yang akan membawa kamu melawn takdir. Sesungguhnya setiap yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuan manusia.

P/S: Buat sahabatku,tabahkan hatimu.Ingatlah bahawa ibumu terlalu menyayangi dirimu..Kenanglah waktu2 indah bersama beliau,masa senang bersama beliau tanpa menangisi pemergiannya.Jangan kau tangisi atau kesal dgn apa yang terjadi.~~

Thursday, April 15, 2010

demam exam


Bismillah..
Assalamualaikum ...
Demam exam dah pun bermula di kebanyakan IPT di Malaysia. Pelajar2 sprt sY sibuk menelaah ilmu yg telah diajar sepanjng semester ini..dr Subuh smpai ke lewat malam, sgla buku diterokai untuk mmperoleh ilmu yg bakal kuar dlm exm paper..Study2 jgk, Allah jgn dilupakan. Tak terfikir ada jgk yg mngadap buku smpai lupa kan Allah,terlepas waktu2 'dating' dgn Allah..5 waktu sehari je pun..hurmm..Blajar untuk ilmu itu ibadah, tp blaja utk lulus cmrlang semata2 tnpa mndapat keredhaan Allah adalah sgt rugi dan tidak berkat ilmunya..Waktu2 begini sepatutnya kita (kpd sY jg) harus lebih mndekatkan diri dgn Pencipta. Tapi jgn la ketika susah baru nak igt Allah,sepanjang sem ni xpnah pon nk igt apatah lg nk menyerahkan CINTA sepenuhnya pada Allah..
Tidak dinafikan, manusia ini sering alpa,lalai dan kufur dgn nikmat Allah. Iman juga sekejap naik,sekejap turun,dh mcm saham..Tp tiada salahnya kalu kita bykkn Ibadah pada pd ketika ini,dan maintainkn ibadah ni untuk sepanjang hayat...insyaAllah, segala ilmu akan diberkatiNya...AMIN..

Wednesday, March 10, 2010


Salam semua..


hermm,hari ni tetiba rasa nk ckp sal nasyeed. SY tersgtlah minat irama nasyeed ni, dr skolah lg..nasyeed sgt mudah,senang dan menyenangkan hati..=)..Masih igt zaman sekolah menengah rendah dulu,sY ada la sikit2 tulis lirik dan cipta lgu sekadar suka2 dan ada yg diterima sbgai lagu untuk apa2 acara di skolah. Tp sy ni bukan la yg penyanyinya,sekadar mencipta je..maklumlah,suara xsedap mana pun..=P. Dan, perasaan yg xdpt digambarkan bila dgr org lain yg menyampaikan lagu kita (usaha kita),MasyaAllah..tak tergambar perasaan gembira ,suka,bangga buat pertaman kalinya...



Selesai sudah cerita ni,dan nasyed yg sy buat tu bknlah sehebat composer2 skrg ni,langsung tak tersenarai pun.Cuma kepuasan yg sy rasakan tu yg membuatkan hati ni sgt teruja dan bersyukur sgt..Alhamdulillah..Sekarang ni,dh lama sy tinggalkan hobi sy tu, just dgr2 nasyeed org je..Antara kumpulan nasyeed yg sy minat,in-team,saujana,raihan,hijjaz,unic,deevotees dan byk lg artis2 Malaysia yg semuanya hbt2 belaka.



Yg paling jd kegemaran ialah inteam.suara dan lagu2 mereka sy ikut smpai skrg ni.semua album ada tersimpan dlm laci.. lagu,semua ada dlm memori..=)..



Harapan sY,agar makin byk lg saudara2 yg akan bersinar dan muncul sebagai artis nasyeed tanah air kita. Jika tidk mahu muncul sbgai artis pun xpe,jdkanlah nasyeed satu hiburan yg menyenangkan dan saluran dakwah yg bekesan.Dan kalau nak bernasyeed tu,biarlah betol2 nasyeed,jgnla cemarkan dunia nasyeed yg sdia ada ni..



Yg baik itu dr Allah, dan yg tdak itu dr sY sndiri..

sekian..=)



Tuesday, February 2, 2010

cinta kekasih membawa padah
















Salam ukhuwah..


Di sini sY nk bawakan satu kisah benar seorang Hamba Allah ( emY) bkn nama sbnar yg tertipu dan terlanjur dengan kekasih yg amat dipercayainya..SY mengenali EmY sejak sekolah form 4...Kami satu bilikdan sentiasa berkongsi pendpat dan apa shj yg pnting. sy tahu yg emY sudah mempunyai kekasih sejak dr menengah rendah. hampir setiap hujung mggu si kekasih akan menelefon si pujaan hatinya untuk meleaskan rindu. Bg sY perkara itu mungkin biasa selagi tidak mendatangkan sebarang masalah pada diri si emY. emY juga sgt bahagia setip kali si kekasih berbicara di corong telefon,sampai berjam-jam lamanya...kadang2 saya terfikir yg apakah begitu bahagia perasaan org bercinta ini?..sanggup korbankan tidur untuk mendengar dan berkongsi rindu..bg sY,argh...buang masa saja, telefon mak ayah lg bagus. Sy pernah juga cuba mengorek rahsia dan kdg2 cuba menasihati, namun melihatkan emY yg terlalu mabuk ketika itu,sgala nasihat tidak mnjadi. Namun, manis tak akan berpanjangan. Suatu ketika, emY datang memeluk sY sekuat hatinya smbil air mata menjurai-jurai. SY lgsung tidak dpt menangkap mksud emY itu. Dia menagis tk henti2 di pelukan sY. Bila sy ty die diam smbilmenundukkan kepala.


Sy makin bingung. Ucapan maaf keluar dr mulutnya. kenapa perlu mintak maaf sY kira?.. salah apa yg dia lakukan pd sY?..emY dgn teresak- esak perlahan-lhn menceritakan hal yg berlaku. dia mangsa godaan syaitan durjana, astaghfirullah...

sY tersentap mendengar pengakuan emY. sY sendiri turut sama menangis tak thn sebak. ketika itu juga pihak sekolah telah mngetahuinya dan kes emY dlm perbicaraan BHEp. emY dinasihatkan supaya berhenti sekolah kerana memalukan diri dan tidak mahu dirinya terus dicaci dan dihina...Selepas kejadian itu, sY lgsung tidak bertemu emY lg..sY ada mndengar yg emY telah kahwin namun ada juga yg berkata dia hanya bertunang,itupun bkn dgn kekasih perosak hdupnya.



Hurm, dr kisah ni,kepercayaan sY terhadap lelaki sgt nipis. Ya, tidak semua begitu namun kita sendiri kena sentiasa waspada dgn kaum bernama lelaki. salah sendiri juga bila dah jd. sebagai Hamba Allah, perku menjaga maruah dan pegaulan diri. jgn terlalu obses dgn cinta manusia, perlu cinta diri sendiri dulu.

Sedalam manapun cinta seseorg kekasih kpd kekasihnya, mesti ada syaitan antara keduanya itu. Syaitan sentiasa mncari peluang musnahkan umat Islam. igtlah,tiada cinta hakiki melainkan cinta Allah dan RasulNya~~~~...

Sunday, January 31, 2010

Tak kan berpaling darimu..kisah hidupku dan hidupnya~~


Assalamualaikaum...

Dah lama sY tidak menulis apa-apa..hari ni terasa pula nk menulis sesuatu. Sebenarnya, baru- baru ni saya sempat berkenaln dgn seorang guy. Perkenalan kami hanya menerusi laman sosial FB dan Ym..Seorang hamba Allah yg pada saya baik dan berpelajaran.

Namun, saya langsung tidak mengerti kerana suatu malam hamba Allah ini mengatakan yg dia jahat dan tidak layak berkawan dgn saya. Msg nya berbunyi," Ko bdk baik,xlayak kwn ngn aku, aku ni bknnya baik sgt pun.." dan berterusan dia ungkap benda yang sama..

Saya sgt sedih mendengar pengakuan dia apatah lg bila dia mengatakan yg dia pernah buat jahat dan mengajak saya berbuat jahat.." aku meng jahat, ko nak buat jahat dgn aku?.." tersentap hati ku membaca pengakuan hamba Allah ni.

Ya Allah, pada fikiranku masih ada Muslim yg berpelajaran namun singkat ilmu..Air mata ini tidak menahan rasa sebak memikirkan apakah perkara jahat yg dimaksudkannya..hurmm. Selepas itu, saya terus berkata bahawa tiada manusia yg tidak berbuat dosa , namun hanya Allah yg berhak mengampuni dosa- dosa hambanNya..Saya hanya mmpu berdoa agar Hamba Allah ini segera menginsafi diri dan bertaubat, pintu taubat masih terbuka untknya dan untuk sesiapa sahaja..

Allah itu Maha Penyayang...Sekarang, saya kira beliau mungkin tidak akan menghubungi saya lg..Kepada beliau, saya mengharapkan hanya yg terbaik, semoga Allah melindungi nya dan hidup diberkati Allah..Amin..~~~