Thursday, July 15, 2010

KEPASTIAN:INTEAM~~~


Ujian Tuhan kepada semua insan Adalah kehidupan ini Yang baik menjadi tuntutan Yang buruk dijauhkan Syurga yang dijanjikan Bukanlah suatu khayalan Tentang nikmat berpanjangan Ilahi Neraka yang tercipta Menghimpun azab derita Tangisan kesengsaraan insan Syurga adalah kelazatan Terbentang buat hamba beriman Yang kasihkan Tuhannya Yang kasihkan Rasulnya Yang kasih agamanya Neraka tempat kemurkaan Antara kedurjanaan insan Yang lupakan Tuhannya Yang lupakan Rasulnya Yang lupa agamanya Siapakah yang lebih mulia Dari mereka yang tidak lupa Janji Allah adalah kepastian Dan nikmat syurga adalah indah~~

Jangan Kahwini Wanita Ini~~~


Jangan kahwini wanita ini Dicatat oleh Imam Al-Ghazali Jangan engkau kahwini wanita yang enam, iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah." Wanita Ananah: Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu." Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya. Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu lagi bising...

sekadar gmbar hiasan~~

Wanita HebaT~~~



Menemui syahid pada 27 Januari 2002 (sesetengah mengatakan pd 29.Jan.02)ketika
berusia 28 tahun (sesetengah mengatakan 26 tahun)... Beliau melakukan
amaliyyah istisyhadiyyah dengan meletupkan dirinya di tengah-tenga
bandar Al-Quds (Baitul Maqdis) menyebabkan beberapa orang Yahudi
terkorban 150 cedera. Beliau merupakan wanita petama yang melakukan
serangan seperti itu. Beberapa hari kemudian, ulama-ulama di Universiti
Al-Azhar, Kaherah mengisytiharkan bahawa kematian Wafa' adalah SYAHID.
TAKBIR!!!

Tuesday, July 6, 2010

minum bola,makan bola,tidur bola...waka..waka..eh..eh..



Assalamualaikum. WBT


Sedar x sedar sudah hampir kepenghujungnya WC musim ni..cepat sungguh masa berlalu,cuti semesta pon dh tggl lg 4 hari je,wah cepatnya!..Hah,kalian suma support mana?..setakat ni tggl German,Spain,Uruguay & Belanda..Kalu sY German,tp xkisah sgt kalu yg lain mng pun.=) Adat prmainan lgun..Bercakap pasal bola ni smpai esok pon xkan habis punya. Mcm kata ayah sY,skrg ni senyap je budak2 remaja yg naek motor & lepak kt area umah sY ni, sebab masing2 kumpul kat umah mengadap tV tgk bola,xkurang gak yg sanggup berjaga malam nk tgk game..(sy tgk 5 game yg mlm stakat ni,hehe)..Kalu yg bab xlepak2 kt tepi jalan & merempit tu bagus la(positive) tp sebab bola sanggup xcukup tidur pon ada. Musim bola punya pasal apa pun sanggup. Sebulan dh la xcukup tidur, xpenah terlepas game tiap malam & kalu terlepas rasa mcm rugi sesgt la..hurmmm..Cuba la kalu dlm bulan Ramadhan pon mcm tu,berjaga setiap malam qiamullail,kan bagus..sampai tahap terasa tersangat la rugi kalu termiss qiamullail..Wah,Halawatul Iman tu..Indahnya kalu kita smua smpai ke tahap tu...=) =) =)...Bukan xboleh tgk bola tuh,xda pun sunnah atau hadis yg haramkan bola.Tidak salah kalu ingin mencari keseronokkan dunia & hiburan cuma jgn sampai berlebih-lebihan sampai mengabaikan akhirat & tanggungjawab kita sbgai makhluk di bumi Allah.

Sebulan dalam empat tahun ke atau sebulan dlm setahun????....
World Cup (sebulan dalam 4 tahun)...Ramadhan (sebulan dlm setahun)
Renung2kanlah.........=)

Monday, July 5, 2010

Sentuhan kalbU~~




Bismillah...

Sentuhan Kalbu.

Dalam hidup manusia ni,ada beberapa perkara yg pasti dan semuanya dalam ketentuan Tuhan.Lahirnya seorang bayi di dunia adalah takdir Allah.Begitu juga kematian seseorang juga telah ditentukan Allah. Mungkin kita sendiri tidak mengetahui bilakah giliran kita,namun yg penting adalah persediaan kita untuk menempuhnya kelak.kehilangan orang yang kita sayang sememangnya terlalu perit untuk ditelan,sakit untuk dilalui.Namun,kita perlu(Wajib) redha atas pemergian orang2 yang kita sayang.Kesedihan hati itu adalah harus. Menangislah sekiranya airmata itu dapat menenangkan jiwa & hati mu yg terluka,bahkan Rasulullah SAW sendiri tidak dapat menahan sebak ketika anak dan isteri Beginga pergi mneinggalkanNya.Tangisan mu itu menunjukkan betapa sayang nya kita kepada insan2 yg ditangisi.Dalam tangis itu,jgn sekali2 terdetik di hati kecil mu perasaan marah,dendam,kesal dan sebagainya yang akan membawa kamu melawn takdir. Sesungguhnya setiap yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuan manusia.

P/S: Buat sahabatku,tabahkan hatimu.Ingatlah bahawa ibumu terlalu menyayangi dirimu..Kenanglah waktu2 indah bersama beliau,masa senang bersama beliau tanpa menangisi pemergiannya.Jangan kau tangisi atau kesal dgn apa yang terjadi.~~