
Jangan  kahwini wanita ini  Dicatat oleh Imam  Al-Ghazali  Jangan  engkau kahwini wanita yang enam,  iaitu wanita yang Ananah, yang  Mananah, dan yang Hananah, dan jangan  engkau kahwini yang Hadaqah,  yang Baraqah dan yang Syadaqah."  Wanita Ananah: Banyak  mengeluh  & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau  buat-buat sakit.  Wanita Mananah: Suka  membangkit-bangkit  terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku  membuat itu  keranamu."  Wanita  Hananah: Menyatakan kasih sayangnya  kepada suaminya yang lain,  yang dikahwininya sebelum ini atau kepada  anaknya dari suami yang lain.  Wanita Hadaqah: Melemparkan  pandangan  dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya  untuk  memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.  Wanita  Baraqah: Ada 2 makna,  pertama yang sepanjang hari mengilatkan  dan menghias mukanya, kedua dia  marah ketika makan dan tidak mahu  makan kecuali sendirian dan diasingkan  bahagiannya.  Wanita  Syadaqah: Banyak  cakap tidak menentu lagi bising...
sekadar gmbar hiasan~~
 
 
No comments:
Post a Comment