Monday, May 16, 2011

Mother's Day -Teacher's Day Mak!

Happy Mother's and Teacher's Day MAK! <3

'Mak, u are the best mom in the world!'. My mom, Salmah Binti Hj Hashim seorang yg sgt tegas tapi penyayang dan baik hati. Beliau telah berjaya membesarkan kami 4 beradik tanpa mengharapkan bantuan orang lain , dengan penuh kasih sayang. Pengorbadan Mak melahirkan,membesarkan dan mendidik kami tidak akan dilupakan hingga akhir hayatku. Mak merupakan seorang guru Sek Ren. Di sekolah, Mak sangat terkenal dengan sifat penyayang tapi tegas beliau. (tetibe rasa mcm karangan budak skola rendah je..hehe)


Ok2, nak tahu x, mak sy sgt pandai mengaji dan menghafal al-Quran. (bakat yg sy ada ni pun mugkin dr Mak :) ) Mak telah mengajar sy dan adik2 mengaji seawal umur 5 tahun dan alhamdulillah saya berjaya khatam al-Quran pada tahun 2 sekolah rendah (umur 8 tahun). Mak sgt pentingkan ilmu agama dan al-Quran pada anak-anaknya. Saya sgt beruntung mempunyai mak yg sangat tegas dalm hal agama. Mak juga mempunya suara yg merdu ketika membaca al-Quran. Mak ada mempelajari ilmu qiraat dan lagu dalam memperdengarkan bacaan al-Quran. Tidak terkecuali ilmu Tajwid,mak sejak awal lagi telah mengajar saya segala ilmu Tajwid selain drpd apa yg sy pelajari di sekolah agama (KAFA). Boleh dikatakan Mak mmg seorang ibu dan pendidik yg bagus! Terima Kasih Mak! :)


Mak sy jugak semestinya pandai masak! Sedap woo.. sampai jilat jari :P Masakan Mak yg jd my fav and still is LAKSA! perhhggg,sedap. Dan yeah, i'm hantu segala laksa, Mak dah faham sgt dah .Kalau makan, setakat semangkuk mn cukup,hehe.. And rendang daging masa raya,perghhh, kuah yag sgt 'thick' and cukup segala rempahnya. My fav jugak tuh. Boleh dikatakan semuanya sedap2 belaka la kalu my Mom yg masak. Tp bakat masak ni xde lak pd I .haha..still learning and fail sometimes..hehe.


"Mak,kak syg mak". Itulah kata2 yg sebenarnya masih tak terkeluar dari mulut ni secara live pd Mak. Selalu hanya terucap dlm SMS dan Phone. Betapa perit , suka duka Mak mendidik kami yg agak nakal sebenarnya, hanya Allah yg tahu segala isi hatinya selama ini. Segala tanggapan Mak pada kami adik beradik, segala gurisan hati yg telah kami lakukan dengan sengaja mahupun tidak sengaja. Maafkan kami Mak. Maafkan kak Mak. Kak tahu kak seorang anak yg belum menepati hasrat Mak selama ni, tidak memenuhi kehendak yg mak inginkan. Kak telah jauh tersimpang dari angan2 Mak dulu yg mengharapkan kak menjadi seorang 'Pendakwah Agama' seperti Mak. Namun, apa yg kak belajar sekarang ni adalah untuk Mak, untuk Mak dan Ayah. Tanpa semangat yg Mak berikan, tak mungkin kak mampu berdiri , bertahan hingga kini. Walaupun kak bukanlah seorang Doktor yg juga apa yg Mak inginkan, tapi kak berjajni akan sedaya upaya belajar bersungguh2 menghabiskan Ijazah kak. Doa Mak sentiasa melindingi kak selama ini. Walaupun kadang kala kak sedikit tersasar, namun mak lah yg menjadi penguat kak selama ni. "Ya Allah, lindungilah ibu bapa ku dr sebarang malapetaka dunia dan tempatkan mereka dlm kalangan orang2 yg beriman, Aminn" . Kak tak mahu menyesal bila menyedari yg kak sudah tidak punya Mak dan Ayah lg suatu hari nanti. Oleh itu, kak tak akan menyakiti Mak lagi. Tiada gunanya lagi kalu kita meyesal atas apa yg dilakukan pabila ibu bapa sudah tiada di dunia. Selagi Mak dan Ayah masih hidup, kak akan menyayangi Mak seadanya. "Mak,kaulah inspirasiku" .

' Ibu, ibu engkaulah Ratu Hatiku
Bila ku berduka Engkau hiburkan selalu..'


'Ibu, Kau ampunilah dosaku
Kerana disitu letak Syurgaku..'


'Ibu,ibu,ibu....
Sungguh mulia pengorbanan Ibu.'


'Ummi..Ummi..Ummi..Ummi...'


'Ibu mithali ibu yg sejati kasih sayangmu tidak terperi
Pengorbananmu disanjung tinggi jasamu tetap di sanubari..'



xoxo,
kakak,purpleninja









No comments:

Post a Comment