Thursday, July 7, 2011

Subhanalllah! Thank You Allah :') Selamat datang saudara Baru!

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Hari ini adalah hari yg amat bahagia dalam hidupku seorg sahabat. Alhamdulillah Ya Allah , hidayah itu milikMu, tidak dapat diwarisi walau dari seorang ayah dan ibu. Dua sahabat ku Rose dan Dovile (yg dikenali dari dalam laman sosial twitter dan facebook) telah memilih Islam sebagai jalan hidup mereka. Alhamdulillah.. Akulah manusia yg paling bahagia saat ini!

Aku mengenali mereka sejak setahun yg lalu melalui twitter. pada mulanya perkenalan ini atas dasar sokongan kami kepada penyanyi berbakat Justin Bieber sahaja. Lama kelamaan mereka menunjukkan rasa ingin mengenali Islam bila satu persatu persoalan ditujukan pada saya. langsung tidak terlintas dalam fikiran yg mereka akhirnya memeluk Islam. Masih igt soalan pertama Dovile,

"Are you Muslim?"

yg aku kira mungkin dia tidak senang bila mengetahui aku seorang Muslim. Selepas tahu aku Muslim satu persatu soalan ditujukan..antaranya ..

"Why you r wearing that?,the thing on your head.."

Soalan Dovile bila tgk gambar profile ku yg memakai hijab(tudung) . Bagiku Dovile (Lithuanian) seorang yg sgt bijak dan penuh dengan perasaan ingin tahu itu ini. Dia seperti ingin menguji Iman ku.. Alhamdulillah aku sabar saja menjawab semua persoalannya. Berlainan dgn Rose, Rose seorang yg lembut dan penyayang. Rose mmg telah lama berminat dgn Islam. Sehinggakan dia pernah mencuba memakai hijab sebagai suka2 sbb katanya kelihatan cantik. Aku hanya menganggap mereka sekadar hanya ingin tahu ,tak lebih dari itu. Aku mmg sering post,tweet juga blog tentang ilmu2 yg hanya sedikit yg aku pelajari dulu. Alhamdulillah, tak ku sangka mereka tertarik dgn semua itu. Ya Allah, aku bersyukur kerana sedikit sebanyak aku telah berhasil menyebarkan ilmu MU.

Kepada Dovile dan Rose, selamat datang saudara baruku, selamat menempuh dunia Allah luas terbentang ini. Aku berharap suatu hari nanti kita dapat bertemu di dunia malah bertemu di Syurga Firdausi Allah. Ya Allah, terasa begitu kerdil aku dihadapanMU. Kau telah berkuasa mengubah hati dan kepercayaan mereka, terasa terlalu hina aku yg lahirnya dalam Islam. Terasa malu terhadap saudara2 baruku juga, mereka yg dilahirkan dalam dunia kegelapan akhirnya memilih jalanMU jua, malunya aku yg masih belum cukup sempurna Islamnya. Kau pimpinlah aku serta sahabat2ku ke jalan yg Kau redhai. Terlalu besar kekuasaanMU ya Allah.

Aminn ya Rabb..

No comments:

Post a Comment